Sabtu, Februari 11, 2012

[ terkedu ] Ayah bunuh pasangan suami isteri kerana marah hapuskan nama anaknya sebagai sahabat di facebook

Seorang ayah menembak mati pasangan muda setelah marah kerana mereka menghapuskann(remove) anak perempuannya sebagai sahabat di jejaring sosial Facebook.

Marvin Potter (60) didakwa dengan pembunuhan terhadap Billy Payne Jr (36) dan kekasihnya Billie Jean Hayworth (23). Selain itu, temannya Jamie Curd (38), juga didakwa dengan pembunuhan tersebut.




Marvin Potter (kiri atas) didakwa atas pembunuhan terhadap Billy Payne Jr dan kekasihnya Billie Jean Hayworth (kanan)

Menurut Timesnews.net, kedua mangsa ditembak di bahagian kepala, dan selain itu tenggorokan Payne juga dipotong oleh Potter.

Beruntungnya, bayi mereka yang masih berusia lapan bulan, lepas dari keganasan Potter dan ditemukan berada dalam lengan sang ibu yang telah tewas di rumah mereka di Tennessee.

Menurut Sheriff Mike Reece, para mangsa sebelumnya telah mengeluh kepada pihak polis bahawa Jenelle Potter (30), (putri Marvin Potter) telah mempersendakan mereka setelah dihapus sebagai teman di laman jejaring sosial Facebook.

Pasangan ini hidup dengan ayahnya, Billy Payne Sr yang merupakan orang terakhir yang melihat mereka hidup.

Dia mengatakan kepada detektif bahawa terakhir kali ia melihat Hayworth adalah saat ia bangun untuk memberi makan bayi sebelum berangkat kerja pada jam 5.30 pagi, 31 Januari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k