Sabtu, Jun 23, 2012

[ 21 photo ] Euro 2012: Germany vs Greece (second quarter-final)....Tahniah Jerman..!!


Saya menonoton perlawanan antara Jerman dan Greece pagi tadi merasa sangat teruja sekali. Pemainan pantas yang ditunjukan kedua-dua pasukan sungguh mendebarkan hati sekali. Ternyata pasukan Jerman sangat hebat dan Greece bukanlah tandingan Jerman sebenarnya selepas Jerman berjaya menjinakkan Greece dengan kemenangan bergaya 4-2 untuk melangkah ke Semi Final EURO 2012. 4 pemain bintang Jerman meletakkan Jerman melangkah ke Semi Final selepas masing-masing Philipp Lahm, Sami Khedira, Miroslav Klosse dan Maro Reus menjaringkan gol pada pertemuan dengan Greece pagi tadi.Pasukan yang akan menentang Jerman di Semi Final nanti antara England atau Italy yang akan diketahui pada pertemuan kedua-dua pasukan pada pagi Ahad nanti. 

Tahniah kepada penyokong-penyokong Jerman [ termasuk awak ] kemenangan 4-2 Jerman ke atas Greece sungguh manis sekali....InsyaAllah...perlawanan akhir nanti EURO 2012 adalah Portugal vs Jerman..


title

Senarai pemain Jerman: [ dari kiri]  : Holger Badstuberm Manuel Neuer,  Mats Hummels,  Sami Khedira,Jerome Boateng  Miroslav Klose. barisan bawah, dari kiri : Philipp Lahm,  André Schuerrle,  Marco Reus, Bastian Schweinsteiger

title

Jaringan gol Jerman yang dihasilan oleh pertahanan Jerman, Philipp Lahm menewaskan penjaga gol Greece, Michalis Sifaskis

title

Pemain tengah Jerman  Mesut Ozil merayakan jaringan yang dihasilkan oleh Philipp Lahm



title

Philipp Lahm menjaringkan gol pertama Jerman

title

Pemain tengah Jerman, Marco Reus  cuba mendapatkan bola di kaki pertahanan Greece,  Kyriakos Papadopoulos ( gambar atas kiri) dan Giannis Maniatis dan Sokratis Papastathopoulos ( kanan)

title

Penyerang Jerman Miroslav Klose dan André Schuerrle mengasak di kubu Greece pagi tadi

title

 Penyerang Greece  Dimitris Salpingidis (Kanan)  cuba mengasak pemain pertahanan Jerman Mats Hummels 

title

Penyerang Jerman André Schuerrle (kiri) dan Miroslav Klose merayakan gol pada perlawanan pagi tadi 

title

Pemain tengah Jerman Bastian Schweinsteiger ( kiri ) cuba menanduk bola, sambil dihalang oleh penyerang Greece,  Giorgios Samaras 

title

Penyerang Jerman Miroslav Klose cuba melorong bola sambil dikekang oleh pertahanan Greece Kyriakos Papadopoulos dan pemain tengah Greece Grigoris Makos ( gambar bawah)

title

Penyerang Jerman, André Schuerrle dan  Miroslav Klose melompat melepasi penjaga gol Greece Michalis Sifakis dalam memburu gol.

title

Gaya Philipp Lahm selepas beliau menjaringkan gol pertama Jerman pagi tadi

title

Gaya penyerang hebat Miroslav Klose , cuba melepasi pertahanan Greece Sokratis Papastathopoulos 

title

Pertahanan Greece Vassilis Torosidis menendang bola bagi mengeluarkan bola dalam keadaan bahaya sambil diperhatikan oleh pernyerang Jerman Miroslav Klose

title

Pemain tengah Jerman melepaskan sepakan padu dalam menjaringkan gol untuk Jerman pagi tadi



title


Penyerang Greece Giorgios Samaras menjatuhkan pemain Jerman Sami Khedira pagi tadi


title

 Miroslav Klose dan  André Schuerrle cuba mendapatkan bola di gawang gol Greece walaubagaimana pun sempat diselamatkan oleh penjaga gol Greece Michalis Sifakis



title 

Penyerang Greece Dimitris Salpingidis diasak oleh pemain tengah Jerman  Bastian Schweinsteiger dan Philipp Lahm

title 

pemain tengah Jerman  Marco Reus (kanan) menyepak bola sambil dikejar oleh pertahanan Greece 
Giorgos Tzavellas

title 

pemain tengah Jerman Mesut Oezil ( kanan)  diasak oleh pemain pertahanan Greece 
Giannis Maniatis dalam perebutan bola pagi tadi

 
title 

pemain tengah Jerman  Sami Khedira melepaskan tendangan padu ke gawang gol Greece pagi tadi




title 

Penyokong2 Jerman merayakan pasukan Jerman berjaya melangkah kaki ke Separuh Akhir selepas menewasakan Greece 4-2 pagi tadi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k