Rabu, Jun 20, 2012

[ gambar ] Keindahan Negara Brunei Yang Ramai Orang Tidak Tahu





Suasana Bandar  Seri Begawan 




Panorama indah Bandar Seri Begawan yang diambil dari udara

Fail:Topographic map of Brunei CIA 1984.jpg


Sejarah Brunei



Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatera pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.

Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.

Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya pada abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya.

Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (سلطان محمد حسن) (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.

Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja dan juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini yang telah menggugat corak perdagangan tradisi serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain.

Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak (سراوق) di barat laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya. Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sedang meluaskan penguasaannya di timur laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya tetapi hal ehwal luar negara di bawah kawalan British[5]. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.

Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Parti Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk persekutuan Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

Pada 1967, Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung baginda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Bandar Brunei atau Brunei Town telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986.

Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada 1 Januari 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.



Keadaan bentuk muka bumi di Brunei

Brunei dikelilingi oleh negara Malaysia di bahagian selatan, barat dan timurnya serta Laut China Selatan di utara dan Teluk Brunei di bahagian timur laut. Brunei terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh negeri Sarawak, Malaysia dengan keluasan 5765 kilometer persegi (2226 batu persegi). Bahagian barat negara Brunei terdiri daripada Belait, Tutong dan Brunei Muara serta Temburong di bahagian timur. Garis pantai di Brunei ialah sepanjang 161 kilometer (100 batu) dan berkongsi 381 kilometer (237 batu) garis sempadan dengan Malaysia. Keluasan kawasan perairan di Laut China Selatan pula ialah 500 kilometer persegi (193 batu persegi) dan 200 batu nautika bagi kawasan Zon Ekonomi Eksklusif[2].

Kawasan Panaga yang terletak di daerah Belait merupakan kediaman kepada sebilangan besar rakyat asing disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi di Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.

Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika tanah rendah yang memenuhi kebanyakkan kawasan di pulau Borneo[2]. Tetapi, terdapat juga kawasan hutan gunung terutamanya di bahagian timur Brunei (Temburong). Iklim Brunei ialah jenis khatulistiwa iaitu iklim yang mempunyai suhu dan kelembapan yang tinggi serta taburan sinaran matahari dan hujan lebat pada sepanjang tahun. Purata suhunya ialah kira-kira 26.1 °C (79.0 °F). Pada bulan April hingga Mei purata suhunya sedikit rendah iaitu 24.7 °C (76.5 °F) dan pada bulan Oktober hingga Disember pula menunjukkan sedikit peningkatan purata suhunya iaitu 23.8 °C (74.8 °F)


Daerah-daerah di Brunei


Kampong Ayer Di Brunei

suasana Kampong Ayer di saat senja yang indah


Panorama indah yang diambil dari Bukit Subok



ROYAL REGALIA MUSEUM



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien


Tamu Tutong Kampong Serambangun 



Brunei dibahagikan kepada empat buah daerah:

Daerah-daerah Brunei dibahagikan lagi kepada 40 buah mukim.



No.MukimPopulasiBandar/Pekan BerhampiranDaerah
1Sengkurong71,700JerudongBrunei Muara
2Gadong59,610Bandar Seri BegawanBrunei Muara
3Berakas A57,500Bandar Seri BegawanBrunei Muara
4Kuala Belait35,500Kuala BelaitBelait
5Seria32,900Pekan SeriaBelait
6Kilanas31,400Bandar Seri BegawanBrunei Muara
7Liang18,100TiadaBelait
8Pengkalan Batuanggaran 15,000TiadaBrunei Muara
9Kota Batu14,924Bandar Seri BegawanBrunei Muara
10Pekan Tutong13,000Pekan TutongTutong
11Berakas B12,017Bandar Seri BegawanBrunei Muara
12Mentiri10,872TiadaBrunei Muara
13Serasaanggaran 10,000Pekan MuaraBrunei Muara
14Kianggeh8,540Bandar Seri BegawanBrunei Muara
15Burong Pinggai Ayeranggaran 8,200Bandar Seri BegawanBrunei Muara
16Keriam8,000TiadaTutong
17Lumapas7,458Bandar Seri BegawanBrunei Muara
18Kiudang7,000TiadaTutong
19Sabaanggaran 6,600Bandar Seri BegawanBrunei Muara
20Sungai Kedayananggaran 6,000Bandar Seri BegawanBrunei Muara
21Sungai Kebun5,460Bandar Seri BegawanBrunei Muara
22Bangar5,000BangarTemburong
23Bokokanggaran 2,000TiadaTemburong
24Telisai1,287TiadaTutong
25Labi1,200TiadaBelait
26Labuanggaran 1,100TiadaTemburong
27Kuala Balai1,081TiadaBelait
28Tanjong Maya1,000TiadaTutong
29Batu Apoi807TiadaTemburong
30Rambai239TiadaTutong
31Amo210TiadaTemburong
32Melilas193TiadaBelait


Agama Di Brunei




New mosque in Seri Bagawan #2


Masjid lambang keangung agama Islam di Brunei









Sultan Brunei Bertitah...:
" Siapalah kita di hadapan Allah (SWT), untuk mengatakan ‘tidak atau tunggu’; sedangkan undang-undang (Islam)  bukan baru sahaja digubal, tetapi telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun dan lebih lagi. ” kata Sultan Brunei. "


Bahasa di Brunei


Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara ini Bahasa Melayu yang digunakan di Brunei adalah berbeza daripada negara Nusantara yang lain kerana penduduk Brunei menggunakan loghat Melayu Brunei sebagai alat pertuturan dan perbualan. Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris turut dipertuturkan. Bahasa kaum pribumi bukan Melayu yang turut digunakan ialah Bahasa Iban, Bahasa Murut, Bahasa Kedayan, Bahasa Belait, Bahasa Bisaya, Bahasa Tutong dan Bahasa Dusun. Bahasa Inggeris juga dipertuturkan secara meluas dan dipelajari dalam institusi pendidikan di Brunei



Istana Nurul Iman





Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat kediaman paling besar di dunia. Istana yang bernilai US 1.4billion ini direka oleh arkitek yang bernama Leandro V. Locsin daripada seni bina Ayala International





No.IstanaNegaraKeluasan lantai
(kaki persegi)(meter persegi)
01Istana Nurul Iman[2]Bendera Brunei Brunei2,152,782200,000
02Kota Larangan[5]Bendera China China1,614,600150,001
03Istana Diraja Madrid[6]Bendera Sepanyol Sepanyol1,453,122134,999
04Istana Buckingham[7]Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom828,81877,000
05Istana Versailles[8]Bendera Perancis Perancis721,20667,002
06Istana StockholmBendera Sweden Sweden658,85861,210
07Istana Louvre[9]Bendera Perancis Perancis652,29860,600
08Istana Windsor[10]Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom484,37445,000
09Istana Musim SejukFlag of Russia.svg Rusia250,00023,226
10Rashtrapati BhavanBendera India India200,00018,581
11Palais des PapesBendera Perancis Perancis161,50015,004



Makanan tradisonal di
Brunei




 Sarang tebuan



Brunei Tradisional Food Ambuyat


Kesimpulannya: Negara Brunei mempunyai keunikan yang tersendiri..Jika diizinkan Allah swt saya akan ke sana...


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k