Khamis, Jun 21, 2012

[ Ya Allah.] Gambar-gambar terkini di Syria yang bermandi darah, adakah kita menyedarinya? [ 14 gambar ]




Mengucap panjang saya apabila menatap gambar-gambar suasana di Syria yang terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria. Di bawah ini saya menyertakan kronologi dan sebab-sebab bagaimana konflik berdarah ini bermula..

1. Berapa jumlah mangsa terkorban di Syria?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 7,500 orang terbunuh sejak bermulanya revolusi anti-Assad pada Mac lalu.

Angka sebenar kematian sukar diperoleh kerana jumlah diberikan oleh pelbagai sumber adalah berbeza.

Namun, dua kumpulan aktivis utama, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan meletakkan angka korban sebenar lebih daripada 8,000 orang.

2. Siapakah pemberontak di negara itu?

Kumpulan pemberontak di Syria tidak disusun dengan teratur, ia terdiri daripada Angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) dan kumpulan berbeza yang bersatu hanya untuk mencapai matlamat menggulingkan pemerintahan rejim Assad.

Ia turut disertai puluhan ribu penduduk yang tidak pernah putus asa mengadakan protes di seluruh negara anjuran kumpulan aktivis di negara itu.

Gerakan anti-Assad tersebut pada mulanya berlangsung dengan aman tetapi akhirnya bertukar ganas selepas pasukan tentera bertindak menggunakan kekerasan.

3. Mengapa mereka menentang rejim Assad?

Kebangkitan rakyat itu tidak hanya menentang pemerintahan Assad tetapi dinastinya.

Bapa beliau, Hafez Assad turut terkenal kerana kekejamannya terhadap pemberontakan politik.

Pada 1982, bapa Assad telah menindas pemberontakan dilancarkan oleh Ikhwanul Muslimin di bandar Hama sehingga menyebabkan kira-kira 20,000 orang terkorban.

Apabila bapanya meninggal dunia pada 2000, pelantikan Assad sebagai pemimpin yang sederhana berbanding pemerintahan kuku besi sebelum itu telah disambut baik, tetapi tidak lama kemudian pembaharuan awal tersebut bertukar menjadi cengkaman kuasa diktator.

Apabila protes bermula awal tahun lalu, kumpulan pembangkang hanya menuntut pembaharuan dalam kerajaan dan bukan pengunduran Assad.

Tetapi, selepas rejimnya melancarkan tindakan kekerasan, mereka mula mengadakn protes untuk menggulingkan presiden tersebut.

Bagaimanapun, Assad berjaya mengekalkan sokongan agak besar, puak Alawite telah menjadi penyokong terkuat beliau manakala puak Sunni berperanan sebagai tulang belakang revolusi itu dan hanya segelintir daripada mereka (golongan sekular dan atasan) menyokong kerajaan kerana khuatir akan berlaku huru-hara dan kebangkitan kumpulan pelampau di negara tersebut.

4. Bagaimana konflik itu bermula?

Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Keganasan semakin meningkat selepas pembangkang melancarkan serangan balas di kawasan kejiranan penduduk.

Tentera rejim Assad dan FSA sering bertempur sehingga menyebabkan angka korban meningkat dari hari ke hari.

Homs telah menjadi satu daripada lokasi utama kebangkitan rakyat yang kebanyakannya adalah puak Sunni di kawasan kejiranan Baba Amr.

5. Apakah tindakan negara antarabangsa untuk menghentikan keganasan tersebut?

Usaha negara antarabangsa untuk menamatkan konflik di Syria seakan tidak berhasil.

Tindakan Liga Arab menghantar kumpulan pemerhati mereka ke negara tersebut pada November lalu juga dlihat sebagai gagal kerana kerajaan Assad masih enggan mematuhi pelan damai yang dicadangkan organisasi antarabangsa itu.

Cadangan Resolusi Majlis Keselamatan PBB juga tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan dari Rusia dan China.

Arab Saudi dan Qatar bercadang untuk memberi bantuan ketenteraan tetapi Amerika Syarikat dan negara lain tidak menyokong cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak kerana khuatir ia akan menyebabkan pertumpahan darah menjadi lebih buruk.

Ini kerana Syria dikelilingi satu jaringan kompleks kesetiaan dengan kumpulan Hezbollah dan Iran di rantau tersebut.

Selepas pelbagai usaha menemui jalan buntu, Liga Arab memutuskan untuk menghantar bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan untuk mengadakan rundingan bersama Assad.

Semasa rundingan pertama, presiden itu menolak untuk mengadakan sebarang dialog politik kerana mendakwa ‘kumpulan pengganas bersenjata’ masih bermaharajalela di negara tersebut.

Matlamat Annan adalah cuba mengatur satu gencatan senjata dan mendapatkan laluan untuk agensi bantuan kemanusiaan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Syria yang sedang bergolak.

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin kumpulan pembangkang termasuk ketua Badan Penyelarasan Pembangkang, Hassan Abdulazim.

Dalam satu kenyataan, Abdulazim menegaskan sebarang usaha untuk menyelesaikan krisis di Syria sepatutnya dilakukan selepas tahanan dibebaskan dan keganasan berakhir.

Bagaimanapun, misi selama dua hari ke Damsyik itu didakwa gagal memeterai sebarang perjanjian untuk menghentikan pembunuhan ke atas orang awam terutamanya wanita serta kanak-kanak di negara itu.

Sebaliknya angka korban terus meningkat sehingga memaksa ratusan penduduk melarikan diri ke Turki sejak Sabtu lalu.




































2 ulasan:

t

k