Isnin, Jun 18, 2012

[ 6 gambar ] Kisah Kasih sayang bapa pada seorang anak kecil yg sungguh memilukan hati




Sanggupkah anda melakukan apa yang dilakukan oleh ibu bapa anak kecil dibawah? Apa yang anda lihat ialah saat-saat akhiir Xiwang (2 tahun) sebelum meninggal dunia dan organ beliau kemudian digunakan bagi mereka yang lebih memerlukan.

Ibu bapa Xiwang terpaksa menutup sistem bantuan hayatnya kerana penyakit hypoxic-ischemic cerebral palsy yang sudah tidak dapat dirawat. Dari membiarkan organ milik Xiang mereput, ibu bapa Xiwang mendermakannya kepada yang perlu. Sepanjang hayat Xiang, ibu dan bapa beliau membelanjakan lebih Yuan 200 000. Mereka kini dikatakan menanggung hutang sebanyak Yuan 70 000. Orang ramai yang tersentuh dengan cerita Xiwang cuba mengumpul dana bagi membantu ibu dan bapa Xiwang tetapi mereka menolak kerana tidak mahu dilihat seperti "menjual" organ anak mereka untuk menagih simpati. Sampai begitu sekali mereka menolak bantuan orang ramai.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k