Khamis, Jun 20, 2013

AYESHA FAROOQ : JURUTERBANG PESAWAT TEMPUR PAKISTAN YANG BEHIJAB


Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur. Beliau merupakan satu-satunya juruterbang pesawat tempur wanita di dalam Tentera Udara Pakistan. Sepanjang sejarah Tentera Udara Pakistan yang terdapat 19 orang juruterbang wanita tetapi kesemuanya bertugas sebagai pemandu pesawat kargo dan menjadi jurulatih. Ayesha Farooq memecahkan dominasi lelaki ini dan tambah menakjubkan beliau masih boleh melakukan tugas dengan berhijab. Ayesha kini bertugas di pengkalan tentera Mushaf dan menerbangkan pesawat tempur F-7PG buatan China. Beliau ditugaskan melakukan rondaan udara bagi mencari tentera Taliban yang cuba menyelinap masuk ke Pakistan. Semasa menyatakan hasrat mahu menjadi juruterbang pesawat kepada ibu beliau 7 tahun yang lalu, Ayesha menerima tentangan hebat. Tetapi kini beliau bangga menjadi contoh kepada wanita Pakistan yang cuba melarikan diri dari stereotaip. Tambah respect hijab beliau tidak komplek! Tak perlu kerana helmet fighter jet beliau tidak pasti dimiliki oleh fashionista hijabista di luar sana. Ini baru hijabista yang boleh dijadikan contoh! 



sumber : Sini

3 ulasan:

  1. Subhanallah! Inilah keindahan dan kehebatan Islam. :')
    Moga menjadi contoh terbaik untuk semua wanita di dunia agar bisa menjadi solehah di mata Allah. :')

    BalasPadam
  2. betul tu Nies alhaQ...dlm apa juga tindakan kita..suruhan Allah swt paling utama...terima kasih komen di blog saya

    BalasPadam

t

k