Sabtu, Jun 01, 2013

Kajian Saintis : Monyet juga ada perasaan menyesal dalam hidupnya




Adakah anda pernah rasa menyesal..? memang pernahkan? normallah  kita sebagai manusia pernah rasa perasaan menyesal. Tetapi tahukan anda monyet juga mengalami perasaan menyesal yang sama dengan manusia? tahukan anda?

Seorang saintis neurobiologi yang bernama Daeyeol Lee daripada Universiti Yale,Connecticut, Amerika Syarikat telah membuat kajian ke atas seekor monyet dan hasil dapatan kajian saintis ini telah diterbitkan di dalam jurnal Neuron edisi 26hb Mei


“Rasa menyesal membantu kita mengenali pilihan yang hasilnya buruk, sehingga kita dapat melihat pilihan lain yang hasilnya lebih baik,” ungkap Daeyeol Lee, professor neurobiologi Universitas Yale.


Manusia cenderung untukmenentukan pilihan baru, jika pilihan sebelumnya tidak berjaya Para saintis berjaya menemui fakta bahawa seperti halnya manusia, kemampuan menentukan pilihan atas peluang yang lebih baik, juga dimiliki oleh monyet.


Lee dan rakannya Hiroshi Abe mencatat ada suatu aktivit pada saraf  otak monyet yang menunjukkan bahawa haiwan ini mempunyai rasa menyesal apabila kalah dalam suatu permainan yang diberikan Daeyeol


Rasa menyesal itu membuat mereka memilih cara lain supaya boleh menang. Setelah berjaya menang dalam permainan itu, monyet akan cenderung mengulangi pilihan yang sama supaya menang lagi. Dengan kata lain, monyet memiliki kemampuan untuk membuat pilihan untuk berjaya 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k