Jumaat, Jun 21, 2013

Demi Cinta, Gadis Ini Rela Wajahnya Dipenuhi Tato Nama Kekasih



Jakarta - Usia muda memang sangat mencabar lebih-lebih lagi apabila seorang itu dilanda mabuk asmara dan keputusan sesaat yang mampu jadi penyesalan seumur hidup. Gadis 18 tahun ini contohnya, mabuk cinta, dia rela wajahnya dipenuhi tato bertuliskan nama kekasih.hatinya

Lesya dari Saransk, Russia jatuh hati pada seniman tato bernama Rouslan Toumaniantz. Cinta yang begitu kuat kepada sang seniman tato, membuat dirinya rela ditato di wajahnya dengan huruf Gothic Script besar bertuliskan nama Rouslan, seperti dilaporkan The Sun.

Walaupun baru saling kenal kurang lebih 24 jam, Rouslan berjaya mencuri hatinya dan membuat gadis ini melakukan keputusan untuk mengukir tato itu pada wajah cantiknya. Mereka bertemu secara online  di Facebook dan akhirnya jatuh cinta.

"Semua untuk Rouslan," ia menuliskan di akaun Facebooknya. Dia juga menganggap hal ini adalah simbol dari kesatuan yang utuh dan ingin sang kekasih menato sekujur tubuhnya, tambah mahasiswi jurusan seni tersebut.

Kini, mereka berdua telah bertunang meskipun Rouslan memiliki sejarah yang kelam iaitu pernah mengukit tato di wajah bekas kekasihnya yang akhirnya didakwa di mahkamah, namun mahkamah membebaskannya kerana tato atas kerelaan bekas kekasihnya 

*moga2 tak ada gadis melayu yang ikut buat seperti di atas
sumber : sini


4 ulasan:

  1. Allah. Moga2 Allah bukak pintu hatinya dan diberi hidayah.

    BalasPadam
  2. muka cntik.. syg rosakkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu madam lala.. tapi kerana cinta sanggup buat apa saja.:)

      Padam

t

k