Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh - Berita tergempar sekitar jam 7.05 petang tadi telah tersebar di laman maya apabila jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggan Malaysia telah runtuh secara mengejut.
Difahamkan, bahagian jambatan yang runtuh ialah sebatang palang konkrit sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung. Kejadian itu berlaku ketika para pekerja kontraktor sedang menyiapkan kerja-kerja akhir jambatan berkenaan sebelum dibuka kepada umum.
Walaupun runtuhan palang konkrit berkenaan tidak menyebabkan sebarang kematian namun terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang hancur berkecai selepas ditimpa serta menyebabkan jalan sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian ini sedalam-dalamnya untuk mengetahui punca sebenar mengapa kejadian ini boleh berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan