Sabtu, Jun 08, 2013

Perogol ditanam hidup-hidup di dalam kubur mangsanya



Pemakaman Suku Quechua (Foto: Reuters)


LA PAZ – Seorang lelaki di Bolivia mati selepas dikuburkan hidup-hidup oleh orang ramai. Penduduk tempatan sangat marah kerana lelaki itu  telah memperkosa seorang perempuan hingga meninggal dunia.

Polis Bolivia menyatakan, perogol yang bernama Santos Ramos. Dia dikubur di dalam kubur mangsa yang dirogolnya Leandra Arias Janco.

Seperti dilaporkan oleh The Huffington Post, Jumat (7/6/2013), petugas tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Santos. Warga yang marah memblok jalan sehingga pihak berwajib tidak boleh masuk.

Peristiwa itu terjadi di sebuah kampung berdekatan dengan Kota Colquechaca. Kampung ini yang didiami oleh suku asli Bolivia, Quechua.

Kira-kira 200 orang mengarak Ramos ke kawasan perkuburan. Lelaki itu lalu dimasukkan ke liang lahad bersama  jenazah mangsa rogol yang dirogolnya


sumber : klik sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k