Pasukan bomba di timur China menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan selepas dibuang ke dalam mangkuk tandas sehingga menyebabkannya tersangkut dalam paip saluran kumbahan.
Insiden yang turut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial itu berlaku di sebuah bangunan kediaman di Jinhua, wilayah Zhejiang Sabtu lalu selepas penduduk melaporkan terdengar bunyi bayi menangis.
Anggota bomba terpaksa memotong paip kumbahan yang terletak di bawah mangkuk tandas itu dan membawanya ke hospital berhampiran sebelum pasukan doktor secara perlahan-lahan mengeluarkan bayi itu yang tersepit.
Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan polis kini sedang mencari ibu bapa kepada bayi malang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan