Sabtu, Jun 08, 2013

20 jam memilukan : Saat mangsa dikeluarkan dari runtuhan jambatan di Pulau Pinang


Foto

ANGGOTA pasukan keselamatan mengusung mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Foto

AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan terus pengsan.


Foto

KEADAAN mayat yang tertimbus di bawah kerangka Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh di Batu Maung, kelmarin.



Georgetown: Mayat mangsa kejadian runtuhan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang ditemui dalam keadaan mukanya tersembam di atas papan pemuka kereta dipandunya hanya berjaya dikeluarkan selepas lebih 20 jam usaha dilakukan.

Selepas mangsa ditemui kira-kira jam 12.27 tengah malam kelmarin, usaha mengalihkan konkrit menghempap kereta mangsa menggunakan kren 380 tan sebanyak dua kali gagal dan berikutan itu anggota penyelamat terpaksa melakukan kerja-kerja memecahkan bongkah struktur konkrit yang runtuh sebelum berjaya dikeluarkan jam 8.45 malam tadi.

Sejurus mangsa berjaya dikeluarkan suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila abang ipar mangsa pengsan.

Ketika mayat terbabit dikeluarkan anggota pasukan keselamatan, abang iparnya yang terlalu sedih memeluk anggota bomba sambil menangis teresak-esak.Dia yang tidak dapat menahan hiba itu terpaksa dipapah beberapa anggota pasukan keselamatan sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k