Khamis, Jun 06, 2013

[ 6 gambar ] Palacio de Sal: Jom Lihat Hotel Yang Dibina Menggunakan Garam


Impak terhadap alam sekitar daripada bahan binaan seperti konkrit pernah dibahaskan..Tetapi, bagi menjamin keupayaan dalam menghasilkan struktur yang mampu berdiri untuk tempoh yang lama, konkrit akan kekal sebagai bahan utama untuk sebarang jenis pembinaan..

Walaubagaimana pun, ia tidak menghentikan usaha seorang pembina di pantai timur Bolovia Uyuni Salt Flats dari terus mencuba menggunakan bahan binaan baru yang boleh diperoleh dengan banyak nya iaitu garam..Nak tahu dengan lebih lanjut, baca info di bawah

Sebuah pasukan di sini telah pun mengoperasikan Palacio de Sal - hotel dengan 16 bilik yang diperbuat daripada garam. Untuk membina hotel ini, sebanyak satu juta blok garam telah digunakan termasuk lantai, dinding, siling, katil, meja dan kerusi. Selain daripada ruang tempat tinggal (bilik hotel), hotel ini juga mempunyai kawasan riadah, spa, kemudahan tempat makan, dan padang golf.

Hotel baru Palacio de Sal ini merupakan hotel yang kedua dibina menggunakan garam setelah hotel pertama nya yang dibina pada tahun 90-an dirobohkan akibat sistem pengurusan alam sekitar yang lemah. 

Hotel yang baru ini, walaubagaimana pun, termasuk dengan pengurusan sisa pepejal yang lebih baik dan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat. Pihak hotel ini juga melarang penyewa daripada menjilat dinding hotel dan kadar sewa untuk satu malam juga berpatutan iaitu US$100 untuk satu malam penginapan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k