Isnin, Februari 06, 2012

Kerana Tak Ada Duit Nak Besarkan Rumah, Lelaki Ini Gali lebih Dalam Lagi Rumahnya...

Seorang pemuda di China memerlukan empat tahun untuk menggali ruang bawah tanah kerana tidak cukup wang untuk memperluas rumahnya. Dia mempunyai idea cemerlang bahawa memperluas rumah tidak perlu bahan bangunan yang banyak dan membayar tukang. Caranya, tidak perlu meluas atau menambah tingkat ke atas, tapi gali saja ke bawah.

Itulah kreativiti Chen Xinnian, warga kota Zhengzhou di DaerahHenan. Berbekal kemahiran yang dia ada, lelaki berusia 64 tahun itu mampu membuat ruang bawah tanah seluas 50 meter persegi.

Ruang bawah tanah sedalam enam meter itu cukup untuk menjadi ruang tidur bagi dia, isteri dan anak-anaknya. Chen terpaksa menggali lantaran dia tidak punya cukup wang untuk memperluas rumah bagi keperluan keluarga.

'Biaya yang diperlukan untuk memperluaskan rumah ialah 5.000 yuan per meter persegi. Kami tidak ada biaya,' kata Chen, yang bersama keluarganya tinggal di suatu rumah di kawasan Kota Zhengzhou.

Setiap hari, Chen menggali selama lima jam.Dia yakin, ruang bawah tanah yang dia bangun itu bisa tahan gempa bumi hingga berkekuatan 8 SR dan tetap nyaman ditinggali baik di musim panas dan sejuk.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k