Jumaat, Februari 17, 2012

Pelik tapi benar : Zebra ini hanya mahu makan dengan orang yang pakai baju belang saja


BEIJING – Seorang pekerja di zoo binatang di China harus mengenakan pakaian belang kerana zebra yang kematian ibunya hanya mahu menerima makanan dari seorang yang mengenakan pakaian belang saja. Kalau tidak dia tak mahu makan.

Zoo binatang Wuhan menyatakan, zebra ini lahir di awal Julai dan lima hari setelah dia lahir, ibunya mati.

“Awalnya kami memberikan anak zebra ini ke ayahnya, namun ayah zebra ini tidak mahu mengurusnya dan bahkan menendangnya,” kata seorang yang memberi makan zebra itu Chen Nong, demikian laporan Orange, pada 30 Julai 2011.

Chen mengatakan bahawa dirinya harus mengenakan pakaian belang setiap harinya agar zebra kecil ini mahu makan. Zebra ini pun menjadi senang bila melihat Chen menghampirinya.

“Zebra ini bahkan ingin menyusu pada saya,”tambahnya.

Chen menamakan zebra itu dengan nama “Little Five” kerana ia hanya bersama ibunya dalam waktu lima hari.saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k