Khamis, Julai 26, 2012

berlayar pulang hanyalah mati




Photography by Kittiwut Chuamrassamee6 Photography by Kittiwut Chuamrassamee


jemari malam membawa kita kepada gelap arah pelayaran 
jarak  cuma sejengkal terbaca dimuka
selebihnya luka-luka menusuk dada
hitam dan kelam memotret cerita sebagai bayang-bayang 
sekian lama menampung derita
 terendam airmata

sebagai pelayar jalan pulang bukanlah rumah 
alamat menuju hanya lautan sekujur waktu 
merakit hidup dalam getir dan patah hati 
kekasih sejati hanya layar dan tali-temali

tiada halangan paling bererti 
pelayar sejati memerlukan tali
sekali layar menusuk langit 
perahu melaju dan tak kembali 
berlayar pulang hanyalah mati 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k