Ahad, Julai 29, 2012

Inilah Gadis Yang Lelong Rambutnya Bagi Membiayai Kos Perubatan Ibunya





Pengorbanan seorang ibu sejak mengandung si buah hati kemudian membesarkannya, melindungi dan memberikan pendidikan pada anak-anaknya dengan penuh kasih sayang tidaklah mungkin boleh digantikan oleh seorang anak walau dengan apapun.

 Seorang anak gadis cuba untuk memberikan pengorbanannya pada ibunda tercinta yang sedang sakit dan memerlukan kos yang sangat besar.A’zhen seorang gadis 17 tahun dari daerah Guang’Xi dataran China yang telah mengiklankan diri secara online disebuah web untuk menjual rambut yang dimilikinya  sepanjang 1,5 meter yang selama ini dijaga  dengan susah payah, rambutnya tersebut ditawarkan senilai RMB 20.000 .  Ramai orang yang  meragui pengakuan gadis ini tentang keadaan ibunya yang sakit kuat  kerana  A’Zhen tidak memperincikan identiti  ibunya kerana alasan privasi.

Setiap hari di laman web tersebut memang banyak pengakuan yang dibuat untuk memohon bantuan, namun pengelola laman web Tianya Community tersebut menyatakan tidak tahu mana pengakuan dan informasi yang betul atau yang palsu.

Namun akhirnya seorang pengusaha kaya Wang Chengzhi dari Jiangsu amat perihatin dengan kes A’zhen ini dan telah berhubung dengan hospital tempat ibunya dirawat serta bersedia memberikan jaminan bantuan untuk pengubatan ibunya tersebut.Ibunya yang berkerja sebagai wartawan tersebut bernama Xiong Qian akhirnya dibantu oleh pengusaha tersebut  sebanyak RMB 30.000 untuk mengubati sakitnya yang disebut sebagai gangguan Ginekologis yang dideritanya sejak bercerai dengan suaminya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k