Rabu, Julai 18, 2012
[ cool ] Inilah Kucing: Datuk Bandar Yang Pertama Di Dunia Dilantik
Memperkenalkan Yang Berbahagia Datok Bandar Talkeetna Alaska Encik Stubbs si Kucing. Datok Bandar Stubbs sudah dilantik menjadi Datok Bandar pekan kecil ini sejak 15 tahun yang lalu. Talkeetna yang mempunyai populasi seramai 900 orang melantik Stubbs menjadi Datok Bandar kerana sudah bengang dengan Datok Bandar manusia yang useless. Mereka lebih rela melamtik Stubbs yang pada ketika itu hanyalah seekor anak kucing kerana percaya Stubbs dapat melakukan kerja dengan lebih baik dari manusia.
Sejak dilantik menjadi Datok Bandar, industri pelancongan Talkeetna dilaporkan semakin maju lantaran pelancong yang mahu melihat sendiri Datok Bandar kucing mereka. Jika anda ke Talkeetna silalah ke Nagley's General Store untuk beramah mesra dengan Datok Bandar yang tidak mengenal erti sombong dan mesra rakyat ini. Amazing! Seorang penduduk Talkeetna apabila ditemuramah berkata.
"Saya rasakan Yang Berhormat Stubbs ialah yang terbaik untuk tugas ini. Beliau tidak menaikkan cukai, mengganggu pernigaan penduduk dan dia tidak korup!"
a) Buat ceramah bising dan kemudian letak bunting "Marilah dengar kenapa Parti A jahat"
b) Wakil rakyat kucing tidak akan racist. Tidak akan salahkan kaum A, B dan C atas kegagalan kaum D
c) Wakil rakyat kucing tidak akan menabur janji palsu kerana cats don't make
promises. They just make cute faces and cute purring sound.
d) Wakil rakyat kucing is cute. Wakil rakyat manusia tidak cute dan kebanyakkannya muka minta penumbuk.
e) Wakil rakyat kucing tidak akan bisa menjadi homophobe atau terbabit skandal lembu serta video lucah
f) Wakil rakyat kucing tidak memerlukan photoshop untuk mempinkkan bibir dan meratakan kedut pada wajah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan