Khamis, Julai 26, 2012

[ cool ] Jom Lihat Cantabria, Spain yang sungguh cantik [ 18 gambar ]



Cantabria ialah daerah dan komuniti berautonomi Sepanyol yang bersempadan dengan Laut Cantabria (Teluk Biscay) di utara; Basque Country (Biscay) di timur; Castile dan León ( León, Palencia dan Burgos) di selatan; danPrincipality of Asturias di barat.

Ibu negaranya Santander. Cantabria merupakan sebahagian Green Spain (Sepanyol Hijau), nama yang diberikan kepada jalur tanah di antara Laut Cantabria dengan Pergunungan Cantabria di Sepanyol utara. Kawasan itu digelar "hijau" kerana mempunyai iklim lautan yang lembap dan sederhana, selain daripada amat dikuasai oleh angin Lautan Atlantik yang terperangkap oleh gunung-ganang. Hujan puratanya sekitar 1,200 mm, dengan ini membenarkan tumbuh-tumbuhan bertumbuh subur.

Cantabria merupakan kawasan yang paling kaya di dunia dengan tapak arkeologi dari zaman Paleolitik Akhir. Tanda pertama pendudukan manusia wujud sejak zaman Paleolitik Awal, walaupun zaman ini tidak diwakili dengan sempurna di kawasan ini. Tapak lukisan gua yang paling penting ialah Altamira yang wujud sejak sekitar 16,000 hingga 9,000 SM. Tapak itu telahpun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Daerah  Cantabria yang moden diasaskan pada 28 Julai 1778. Dengan pelulusan Undang-undang Organik Statut Berautonomi Cantabria pada 30 Disember 1981, Daerah ini memperoleh kuasa, badan kehakiman dan institusi pemerintahan sendiri.






 
Navigate:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Rate:


cantabria1 Cantabria, Spain

cantabria3 Cantabria, Spain

cantabria4 Cantabria, Spain

cantabria5 Cantabria, Spain

cantabria6 Cantabria, Spain

cantabria8 Cantabria, Spain

cantabria9 Cantabria, Spain

cantabria10 Cantabria, Spain

cantabria11 Cantabria, Spain

cantabria12 Cantabria, Spain

cantabria13 Cantabria, Spain

cantabria15 Cantabria, Spain

cantabria16 Cantabria, Spain

cantabria18 Cantabria, Spain

cantabria22 Cantabria, Spain

cantabria23 Cantabria, Spain

cantabria25 Cantabria, Spain

cantabria29 Cantabria, Spain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k