Rabu, Oktober 10, 2012

[ gambar ] Melawat anak murid saya di Hospital Kuala Lumpur Hari ini




seperti yang dirancang, hari ini saya dan dua orang guru telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur ( HKL) untuk melawat anak murid saya  yang bernama Mohd Qyle Fitri bin Mohd Roslan, 11 tahun yang disahkan menghidap Leukemia. Perjalanan kami untuk ke HKL mengambil masa 2 jam dari sekolah ke HKL [ hampir 2 jam] kerana jalan sesak, dan untuk mencari parking pun satu hal, sangat susah terpaksa tunggu dan tunggu baru dapat.

Tepat jam 12.00 tengah hari kami sampai ke  Institut Peadetrik, HKL, kami sampai ke bangunan "Bangunan Pemindahan Sum-Sum Tulang" HKL dan selepas saya memberi salam, kami bertiga di beri kebenaran masuk ke dalam wad, tetapi saya dan rakan2 tidak dibenarkan betemu pesakit kerana masih dalam rawatan. Kami cuma dibenarkan berjumpa ibu pelajar ini. Melalui cermin tingkap saya sempat mengambil beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan semasa balik ke sekolah nanti.

Berbual dengan ibu pesakit ini, hati saya sungguh tersentuh dengan penjelasan, penderitaan anak ke 6 daripada 8 orang adik beradik ini. Matanya berkaca, air mata deras mengalir di pipi jelas memberi tanda betapa hebatnya ujian Allah SWT yang terpaksa ibu ini hadapi..

Hampir 40 minit berbicara, sekali lagi saya dan rakan guru meminta kebenaran untuk melihat pelajar ini wp cuma  di dalam cermin dan sempat beliau senyum dan berkata [ wp kami tak tahu apa yg diperkatakan]  hati saya sungguh sebak dan sungguh sedih melihatnya..

Saya berdoa semoga Allah SWT memberi kesabaran, ketabahan kepada ibu dan ayah pelajar ini..bersabarlah menempuhi semua ujian Allah SWT ini.. saya mendoakan semoga Fitri cepat sembuh...Amin...

Apa itu leukemia?

Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit (inggeris = leukocyte). Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (''hematological neoplasms'').

Perkataan leukemia, yang bererti 'barah darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu fungsi normal ibu-ibu sel darah lain di dalam sum-sum tulang, iaitu induk kepada sel darah merah dan juga platelet.

Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Bagaimana pun sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Justeru, untuk pesakit aleukemik, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi sejenis leukemia "sel-rerambut".

Jenis-Jenis Leukemia

Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (jangka masa lama):

Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sum-sum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.

Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya dipantau untuk suatu tempoh tertentu sebelum dirawat (biasanya dengan kemoterapi dsb) untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukemia kronik.

Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak-normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:

  • Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
  • Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mieloid/mielogenus".
  • Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:
  • Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
  • Leukemia mieloid akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
  • Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
  • Leukemia mieloid kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.

5 ulasan:

  1. kesiannya...berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga anak murid cikgu cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  2. owhhh awak cikgu jugak???:) huhuhu. kesian kat budak tuh. urmmm. semoga dia cepat sembuh! :)

    BalasPadam
  3. Moga dikuatkan semangat dan moga cepat sembuh...

    BalasPadam
  4. salam cikgu...
    semoga ibunda anak murid cikgu tabah.....
    saya suka baca blog cikgu penuh yg penuh dgn info...terim kasih...

    BalasPadam
  5. fitri,teacher doakan kamu cpt sembuh ye...nt boleh dtg ke sekolah..rindu jgk nk dgr kamu bergurau...kwn2 rindukan kamu jgk..cikgu doakan kamu sentiasa sihat!...ameen..

    BalasPadam

t

k