Ahad, Oktober 07, 2012

Peluang Kelantan Ke Final Piala Malaysia Terbuka Luas [ Video Separuh Akhir : Kelantan 1 Selangor 0 ]




Pemain Kelantan, Nik Shahrul menanduk bola ke gawang Selangor dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam tadi. Kelantan menang 1-0.



INDRA (bawah) mengasak pemain Selangor, Rames Dayoub pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.





Kelantan membawa bekalan tipis tetapi cukup berharga ke Stadium Shah Alam, Jumaat depan selepas menewaskan Selangor 1-0 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Perlawanan yang dicemari dengan beberapa insiden kekasaran itu turut menyaksikan Red Giants terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Nasriq Baharom dilayangkan kad merah pada minit ke-64.

Meskipun berdepan dengan sorakan padu kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah, Selangor berpeluang mendapatkan gol pendahuluan seawal minit kelima, namun Bosko Balaban merembat bola melepasi palang gol.

Giliran tuan rumah cuba menghasilkan gol pada minit ke-16 melalui larian solo Mohd. Ghaddar, namun percubaannya tersasar ke sebelah kiri gawang.

Permainan agak seimbang selepas itu dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun tiada percubaan tepat daripada mana-mana pemain sehingga tamat babak pertama.

Sebaik sahaja perlawanan babak kedua bermula, tuan rumah lebih agresif dengan serangan yang lebih kemas dan gol yang dicari The Red Warriors akhirnya menjelma pada minit ke-62 menerusi pemain tengah, Mohd. Nor Farhan Mohamad.

Farhan mudah memperdayakan pertahanan pelawat sebelum merembat kencang ke sudut gawang.

Gol tersebut dianggap ‘hadiah’ gara-gara kesilapan pemain sayap pelawat, Syazwan Fitri yang kehilangan bola meskipun dia tidak diasak.

Dua minit selepas itu, Selangor terus ditimpa malang selepas pengadil perlawanan, Mohd. Yusof Mat Karim melayangkan kad merah kepada Nasriq yang melakukan terjahan keras kaki kiri yang hinggap di lutut kanan Nurul Azwan Roya.

Kelebihan tersebut digunakan sepenuhnya untuk Kelantan melancarkan serangan balas yang bertali arus, namun kecekapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali berjaya menafikan serangan tuan rumah.

Selangor turut berpeluang mencari gol penyamaan menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim, namun menyaksikan bola tersasar.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k