Rabu, Oktober 03, 2012

Ghaddar Wira Red Warriors : Golnya bawa Kelantan ke Separuh Akhir Piala Malaysia





Pemain import Mohammad Ghaddar menjadi penyelamat Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Felda United.

Keputusan itu sekaligus melayakkan Kelantan mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3, untuk bertemu Selangor yang mengesahkan tempatnya selepas menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Shah Alam (agregat 5-2).

Detik cemas di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu apabila pasukan pelawat terlebih dahulu meninggalkan Kelantan 2 0, sebelum Kelantan mula bangkit menerusi jaringan  pembukaan Norfarhan di minit ke-71 apabila dia meyambut baik tendangan sudut dengan melakukan rembatan.

Di penghujung perlawanan, Mohammad Ghaddar menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi sudut yang sukar untuk menewaskan penjaga gol Felda, Hamsani.

Perlawanan tersebut dilihat seimbang sejak dari awal dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Bagaimanapun, corak serangan Kelantan di separuh masa kedua sedikit berubah dengan kemasukan Indra Putra Mahayuddin yang masuk menggantikan Badri Radzi.

Felda menjaringkan gol pembukaan menerusi pemain importnya, Mickael Antoine Curier di minit ke-40, sebelum pemain pinjaman Kelantan dari Sabah, Mafry Balang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-55.

Di awal perlawanan (m14), pasukan pelawat sudah memiliki peluang terbaik ketika berlaku keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Kelantan. Nizad Ayub pada ketika itu mempunyai ruang yang baik, namun rembatannya terkena muka Khariul Fahmi Che Mat.

Lima belas minit kemudian peluang keemasaan Kelantan hadir, namun rembatan Badri Radzi tersasar jauh setelah menerima hantaran daripada Mohammad Ghaddar.

Turut mara ke separuh akhir ialah pasukan ATM yang menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi (agregat 6-3). ATM akan bertemu Lions XII yang menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Jalan Besar (agregat 3-2).




1 ulasan:

  1. smlm sy tgk perlawanan bola ni...
    sokong felda united...tapi kalah plak smlm..takde jeki

    BalasPadam

t

k