aktiviti memukul bola di atas skittle dan disambut oleh rakan-rakan di hadapan
aktiviti untuk memahami permainan konsep asas kategori jaring
17hb hingga 20hb Oktober 2012- ku terlibat dengan Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) di dalam subjek Pendidikan Jasmani untuk Tahun 3 tahun 2013. Seperti yg kita ketahui KSSR ini diperkenalkan oleh kerajaan sebagai usaha kerajaan menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada dan memastikan murid-murid dibekalkan dgn pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang releven untuk memenuhi keperluan semasa sesuai dengan cabaran abad ke 21.
Tanpa kursus ini pastinya kami para guru akan mengalami kesukaran untuk menerapkan beberapa elemen baru yang wajib diajar dalam subjek Pendidikan Jasmani Tahun 3, tahun 2013 nanti.. Kursus ini juga mempunyai beberapa objektif yang perlu difahami oleh semua guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran nanti:, antaranya yang boleh saya kongsikan di bawah ini
- Murid dapat mengaplikasikan konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dengan lakuan yang betul.
- Murid dapat melakukan kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaringan dan memadang dengan lakukan yang betul.
- Murid dapat mengenalpasti kedudukan anggota badan yg betul semasa melakukan pergerakan.
- Murid dapat mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan.
- Murid dapat melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang menyeronokan dan persekitaran yg selamat.
- Murid dapat mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
Memang agak memenatkan berbanding dgn kursus2 lain..tapi apa boleh buat..tanggungjwab untuk negara tetap dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan......Aamin..!
owhhhhh awak cikgu pendidikan jasmani erk??? dah tahu!!!:P
BalasPadamcikgu perasan x dalam buku panduan byk muka surat yang x ada.
BalasPadammana nak dapatkan panduan yang lengkap muka suratnya. boleh share tak. sebab rpt yang dapat macam lengkap.
BalasPadam