Penyerang Sepanyol David Silva, menjaringkan gol pembukaan di final menentang Italy EURO 2012 pagi tadi.
Penyerang Sepanyol, Feranando Torres ( kiri) menewaskan penjaga gol Italy, Gianlugi Buffon pagi tadi
Reaksi Feranando Torres selepas menjaringkan gol penting untuk Sepanyol
Penyerang Italy, Mario Balatelli dikasari oleh pemain Sepanyol, Sergio Ramos di final Euro 2012
Juan Mata ( kiri) dan Feranando Torres merayakan gol ke empat untuk Sepanyol
Penjaga gol Sepanyol Iker Casillas berjaya menangkap bola dari percubaan yang berbahaya dari penyerang Italy
Feranando Torres Penjaga gol Italy Gainluigi Buffon berjaya menyelamatkan hasil sepakan Cesc Fabregas
Penyerang Sepanyol, Jordi Alba di saat sebelum jaringan mencecah gawang gol Italy
Penyerang Sepanyol, Jordi Alba merayakan jaringan gol bersama rakan-rakan sepasukan
Penyerang Sepanyol, David Silva menjaringkan gol pertama Sepanyol
Penjaga gol Sepanyol Iker Casillas menjulang Piala kemenangan selepas menewaskan Italy 4-0 pagi tadi
Penjaga gol Sepanyol : Gerard Pique, Pape Reina, Ferando Llorente, penjaga gol, Iker Casillas dan Xavi Henandez merayakan kemenangan Sepanyol pagi tadi.
Feranando Torres dan isterinya Olalla bersama anak perempuannya bergambar di hadapan piala kemenangan
Penyokong Sepanyol yang bergembira selepas kemenangan 4-0 menewaskan Italy pagi tadi.
Seperti yang telah saya duga sebelum ini [ di entri yang sebelumnya] malam tadi milik Sepanyol, ramalan saya tepat sekali apabila pasukan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol berjaya tewaskan Italy dengan jumlah jaringan yg sungguh mengejutkan peminat-peminat bola sepak dunia, iaitu dengan jaringan 4-0. Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olimpik Kyiv, Ukraine, pada pagi adalah perlawanan kemuncak yang sungguh menarik sekali.
Gol pertama Sepanyol skuad bimbingan jurulatih terbaik dunia, Vicente Del Bosque terhasil pada minit ke 14 permainan, apabila hasil sepakan lintang Cesc Fabregas di sebelah pintu kiri gol Italy ditanduk laju oleh David Silva berjaya menewaskan penjaga gol Italy, Gianluigi Buffon. Manakala gol kedua pula hadir dalam minit ke 41 hasil jaringan pemain bek kiri, Sepanyol Jordi Alba yang menerima hantaran " throughpass" dari Xavi Herandez sebelum Jordi membuat larian melepasi dua pertahanan Italy menyepak mencecah gawang gol Italy.
Gol ketiga pula terhasil dari jaringan oleh penyerang gantian Ferando Torres pada minit ke 84 selepas menerima hantaran daripada rakannya Xavi Herandez. Pemain gantian Juan Mata menjadi wira Sepanyol selepas menjaringkan gol yang ke empat, empat minit kemudian selepas menerima hasil hantaran Torres yang terlepas daripada perangkap outside.
Kemenangan Sepanyol ini jelas memberi gambaran juara Piala Dunia 2010 sangat sukar digugat dan sememangnya akan dikenang oleh seluruh peminat2 bola sepak di seluruh dunia.
Saya sungguh terhibur menyaksikan perlawanan pagi tadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan