Semalam 11hb Mac 2012- genaplah sudah setahun tsunami yang melanda Jepun.Tsunami yang berlaku di Sendai, Jepun berlaku pada pukul 2.46 petang di sebabkan oleh gempa bumi dan siri gegaran kuat kira-kira 30 minit selepas itu.
Menurut AFP pulak seramai 32 orang terbunuh atau mungkin lebih lagi, gempa 8,9 magnitud timur laut diikuti sekurang-kurangnya 19 gempa susulan. Puluhan bandar dan desa-desa di sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dilanda gegaran, kawasan yang terkena ialah seperti Tokyo, yang terletak beratus-ratus km dari pusat gempa.
“Gempa bumi telah menyebabkan kerosakan besar di daerah yang luas di Jepun utara,” kata Perdana Menteri Naoto Kan di sebuah sidang akhbar.
Gelombang air yg berlumpur melanda kawasan pertanian dekat kota Sendai, menghentam bangunan bangunan di kawasan tu. Lapangan terbang utara Tokyo, kini penuh dengan air yg berlumpur tebal.
Amaran tsunami diperluaskan hingga ke kawasan Pasifik, Asia Tenggara dan Amerika Latin, ini termasuklah Jepun, Indonesia, Rusia, New Zealand dan Chile. Gempa yang melanda petang ni dikatakan sedalam 10 kilometer, dan sejauh 380 km dari timur laut Tokyo, ini apa yang Nuriz baca kat Yahoo tadi le. Disebabkan gempa tu jugak, berlaku kebakaran, anda boleh tengok dalam video di bawah nanti. Perkhidmatan keretapi di Tokyo pun terhenti, dan semua penumpang terpaksa berjalan di sepanjang rel. Sebanyak 4 juta bangunan putus bekalan letrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan