Jumaat, Mac 16, 2012
[ cool fakta : Jom Lihat Chaharshanbe Suri : Perayaan Lompat Unggun Api Di Iran (12 Gambar)
Inilah perayaan Chaharshanbe Suri di Iran. Dalam bahasa Malaysia Chaharshanbe Suri bermaksud Rabu Yang Berapi. Ianya disambut pada hari Rabu terakhir sebelum tahun baru mengikut kalender Parsi. Dengan kata lain ianya disambut sebelum perayaan tahun baru Nowruz. Perayaan ini sudah disambut masyarakat Iran sejak 1700 tahun SEBELUM Masehi dan dimulakan oleh penganut agama Zoroastrian.
Pada malam Chaharshanbe Suri, unggun api dibina dan orang ramai akan melompat unggun api ini secara bergilir-gilir. Mereka percaya unggun api ini akan membakar nasib malang, penyakit dan masalah yang ada pada diri mereka. Api ini juga diharap dapat memberi nasib yang baik serta kesihatan untuk tahun baru yang mendatang. Sungguhpun perayaan ini dimulakan beribu tahun dahulu oleh penganut Zoroastrian, sambutan hari Chaharshanbe Suri disambut oleh kesemua warga Iran tak kiri samada mereka Yahudi, Islam, Kurdish, Armenian maupun Zoroaster.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan