Isnin, Mac 19, 2012

[ sangat sadis ] Vrindavan : Bandar Balu India (12 Gambar)


Manusia mempunyai pelbagai adat dan pelbagai agama. Kita diajar untuk menghormati adat dan agama orang lain. This is just part of being human I guess. Di India ada sebuah kepercayaan turun temurun yang aku just cannot respect of condone. Di sesetengah kawasan di India masih ada kepercayaan dimana balu dikatakan membawa sial. Mereka dicemuh dan dihalau oleh kaum keluarga yang masih hidup bagi memastikan hidup mereka tidak akan ditimpa bala. Ada anak? Mereka sendiripun akan menghalau ibu mereka yang kini sudah menjadi balu selepas kematian bapa. Golongan balu dikatakan membawa bala kerana mereka anak-anak tak mampu membela ibu mereka selepas bapa mereka meninggal. Bayang-bayang mereka pun dikatakan mampu membawa bala kepada ahli keluarga. Sungguh sadis dan ridikeles!

Apa yang terjadi kepada balu-balu malang ini? Mereka akan ke Vrindavan , sebuah bandar suci dimana mereka percaya the cycle of bad luck yang mereka lalui didunia sekarang boleh dihentikan sekirang mereka mati disini. Weird but this is what they believe in. Bandar Vrindavan mempunyai 55 000 orang penduduk dan dipercayai 20 000 daripadanya terdiri daripada balu yang datang untuk mati disini. Balu-balu ini kemudian duduk di Ashram Hindu dan memakai pakaian serba putih kerana balu tidak dibenarkan memakai pakaian bewarna-warni. Malang bagi mereka kerana komuniti balu yang terlalu besar, kebanyakkan Ashram tak mampu menampung mereka kerana kekurangan wang. Balu yang sudah sedia miskin dan gelandangan hanya boleh diberi makan sehari sekali. Jika Ashram penuh ada balu yang tidur ditepi jalan memanti maut dan release from this cruel world.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k