Jumaat, Mac 16, 2012

[ serius terkejut ] Craig Lewis : Inilah Lelaki Yang Menjadi Manusia Pertama yang Hidup Tanpa Jantung dan Denyut Nadi


Craig Lewis menjadi manusia pertama di dunia yang boleh  hidup meskipun tanpa jantung di dadanya. Semua ini hasil perubatan spektakuler yang dilakukan oleh dua doktor dari Texas. 





Doktor Billy Cohn dan Bud Frazier dari Texas Heart Institute berjaya mengganti jantung milik Craig Lewis dengan sebuah alat pam yang berfungsi seperti jantung manusia.


Jantung buatan ini telah menyelamatkan nyawa bapa berusia 55 tahun itu dari penyakit amyloidosis, sebuah penyakit yang menyebabkan tubuhnya memproduksi protein abnormal. Protein-protein ini dapat memenuhi organ tubuh hingga organ tersebut berhenti bekerja.
Kini, Lewis boleh dikatakan sebagai manusia tanpa jantung pertama yang berjalan di muka bumi. Tak hanya itu, jantung buatan tersebut membuat bapa ini tak memiliki denyut nadi kerana cara kerja jantung buatannya yang tak berdetik seperti jantung asli, melainkan hanya mengepam darah terus menerus tanpa henti. Tapi bagaimanapun hasilnya, selama alat ini berfungsi, Lewis akan tetap hidup meskipun tanpa denyut jantung dan denyut nadi.
Yang mengkhuatirkan adalah kerana tak memiliki denyut jantung mahupun denyut nadi, jika bapa ini tiba-tiba pingsan, dan orang yang menolongnya tidak mengetahui riwayat kesihatannya, boleh saja Lewis langsung dikatakan meninggal. Padahal ia masih hidup. Bayangkan kekacauan yang terjadi jika ia tiba-tiba bangun di bilik mayat pada malam hari di hospital.
Anda boleh menonton filem dokumenteri singkat mengenai keajaiban medic tersebut di video berikut:

.



p/s..semua dengan IZIN ALLAH JUA....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k