Selasa, Mac 06, 2012

[ cool ] Baring Atas Landasan Kereta Api Untuk Berubat Di Jawa Barat.



Aksi yang anda tengok kat bawah ni bukanlah aksi membunuh diri beramai -ramai, tetapi di stesen keretapi Rawabuaya, Jakarta Barat, masyarakat di sana percaya dengan baring di atas landasan kereta api dapat menyembuhkan pelbagai penyakit, antaranya penyakit sakit pinggang, pening kepala dan pelbagai penyakit saraf

Tujuan mereka berbaring di atas landasan itu adalah untuk mendapatkan ‘khasiat’ aliran letrik yang terhasil daripada pergerakan keretapi itu sendiri. Geseran antara roda keretapi dan landasan akan mewujudkan aliran letrik yang di katakan mampu menjadi terapi terbaik untuk memulihkan penyakit.

Salah seorang yang mengamalkan kaedah ini adalah Kusmiati yang bermula sejak tahun 2010. Ketika itu, Kusmiati menderita berbagai macam penyakit seperti Diabetes, darah tinggi, sukar tidur hingga migrain. Ketika segala macam usaha tak membuahkan hasil, jiran Kusmiati memberitahun adanya terapi landasan letrik di Rawabuaya.

Pada mulanya dia menganggap amalan itu sebagai kerja gila. Namun, setelah mencuba selama tiga bulan, pernyakit Kusmiati pun mula berkurang. Kumiati mengaku sudah boleh tidur lelap, tidak lagi pening, dan darah tinggi serta diabetesnya semakin berkurang.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k