Isnin, Mac 05, 2012

[ cool ] Penduduk Di Viganella Bina Matahari Sendiri




Viganella adalah sebuah kampung kecil di Itali terletak di bahagian bawah lembah yang dalam, dan dikelilingi oleh gunung yang tinggi. Secara semulajadi, setiap tahun dari pertengahan November hingga awal Februari (musim sejuk), kampung ini tidak menerima cahaya matahari langsung.

Sinaran matahari yang kembali ada pada 2 Februari dirayakan dengan kegembiraan setiap tahun untuk beberapa abad. Disember 2006, apabila masalah ini telah dihilangkan selama-lamanya dengan menatulkan cahaya matahari ke arah kampung tersebut.

Cermin itu bersaiz 40 meter persegi, 8 meter lebar dan 5 meter tinggi terletak kira-kira 870 meter di atas kampung. Ia dikawal oleh perisian komputer yang menjejaki matahari dan menukar arah cermin agar cahaya mahahari sentiasa ke bawah. Ia telah menjadi tarikan pelancong dari pelbagai negara sejak pemasangannya lebih 5 tahun yang lalu.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k