Sungguh menyedihkan. Bertempat di Panjwai, Afghanistan seorang tentera Amerika Syarikat mengamuk dan melepaskan tembakan rambang yang mengakibatkan 16 warga Afghanistan terbunuh, 9 daripanya kanak-kanak. Dalam kejadian mengejut pagi semalam. Tentera lelaki berpangkat sarjan yang berasal dari Washington ini menyerang 3 buah rumah yang dihuni oleh 2 buah keluarga pada waktu malam dan menembak secara rawak. Selepas menembak beliau kemudian membakar jasad sebahagian mangsa. Selepas itu beliau kembali ke markas dan menyerah diri. Kerajaan Afghanistan mengecam keras kejadian ini dan mahukan keadilan. Pihak Taliban pula berjanji akan melakukan serangan balas terhadap tentera bersekutu dalam masa terdekat.
Alfatihah buat yang terbunuh....
sungguh kejam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan