Selasa, Mac 13, 2012

[ serius cool ] Jom Lihat Teksi 248 Km/j Di Itali


Sebuah teksi yang mampu membawa penumpang ke destinasi mereka dengan kelajuan mencecah kelajuan sehingga 248 kilometer sejam (km/j) beroperasi selama dua hari di Rom. Kereta itu pada asalnya sebuah kereta konsep rekaan firma pereka automotif terkenal, Giugiaro tetapi dipinjamkan selama dua hari untuk dijadikan teksi.

Ia mampu memecut hingga 100 km/j dalam masa cuma empat saat dan penumpang perlu melambaikan tangan dengan pantas jika mereka tidak mahu tertinggal hampir setengah kilometer di belakang kerana lambat menahan teksi berkenaan. Teksi berkuasa elektrik itu dapat membawa dua penumpang dan ia turut dilengkapi dua panel solar untuk menukar cahaya matahari menjadi kuasa elektrik. - petikan Agensi








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k