Ahad, Mei 13, 2012

[ cool ] Jom Lihat Pesawat Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Hilang 70 Tahun (14 Gambar)



Sebuah pesawat Curtiss P-40 Kittyhawk milik Tentera Udara Diraja Britain ditemui di tengah-tengah gurun utara Mesir selepas hilang pada Jun 1942. Penemuan dilakukan oleh beberapa pekerja syarikat petroliam yang sedang mencari tapak menggali minyak di padang pasari tersebut.

 Pesawat yang dipandu Sarjan Dennis Copping terhempas beratus batu dari penempatan awam selepas mengalami kerosakan akibat ditembak musuh. Adalah dipercayai beliau cuba membuat pendaratan kecemasan tetapi kerana kerosakan instrumen pesawat beliau tersesat dan terpaksa mendaratkan pesawat di tengah-tengah padang pasir.

Beliau juga dipercayai terselamat kerana payung terjun dan radio ditemui diluar pesawat. Beliau mungkin cuba menghubungi pengkalan tentera berikat terdekat tetapi gagal. Pihak Tentera Udara Diraja Britain kini sedang melakukan usaha mencari jasad beliau didalam lingkungan 20 batu dari tapak pesawat ditemui. Mereka juga bercadang membawa pulang pesawat ini untuk dipamerkan kepada orang ramai di Muzium RAF di Hendon, Utara London.

Kasihan juga kepada Sarjan Dennis Copping kerana maut akibat ketiadaan makanan dan minuman selepas terselamat dari terhempas. The good news is at least kini nasib beliau sudah diketahui dan usaha mencari jasad beliau untuk pengkebumian sedang dijalanakan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k