Selasa, Mei 01, 2012

Tahniah Kelantan: Sekali lagi melangkah ke pentas final Piala FA





suasana di dalam Stadium Darul Aman malam ini  Gambar : Credit kepada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.

Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya menjejakkan kaki sekali lagi ke pentas final Piala FA selepas keputusan seri 3-3 melawan pasukan Kedah malam ini. Kemenangan Kelantan kerana mengikut peraturan jaringan gol Kelantan 2 gol melebihi pasukan Kedah yang hanya menjaringkan gol cuma 1 semasa menentang Kelantan di Kota Bharu.

Syabas Kelantan...tahniah Kelantan..Kelantan yang terlebih dahulu tertekan apabila Kedah yang terlebi dahulu berjaya menjaringkan 2 gol  hasil jaringan Khyril Muhyameen yang dijaringkan dalam minit ke 31.dan sekali lagi beliau berrjaya menjaringkan gol dalam minit ke 40.

Kelantan seolah-olah hilang punca, semua hantaran-hantaran kepada penyerang yang diketuai oleh Noridlan Talaha da Mohd.Ghaddar berjaya dikekang oleh pertahanan Kedah.

Bermula separuh masa kedua berjaya dijaringkan hasil sepakan sudut yang diambil oleh Indra ditanduk cantik oleh Obina Nwaneri dalam minit ke 46. Gol ini berjaya menyuntuk semangat pasukan The REd Warriors menyerang bertubi-tubi ke gawang Kedah dan akhirnya dalam minit ke 60, Mohd.Ghaddar berjaya menggembirakan ribuan penyokong Kelantan sama ada yang berada di Stadium Darul Aman, dan di seluruh negara.

Final dijangka dilangsungkan pada 19hb Mei ini di Stadium Shah Alam dengan menentang pasukan Sime Darby yang berjaya mengalahkan Terengganu yang keputusan seri malam ini ( Sime Darby menang dengan Agg 2-1)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k