Sabtu, Mei 19, 2012

PERLAWANAN akhir Piala FA malam ini : Kelantan vs Sime Darby FC, Peluang Terbaik Mengukir Sejarah Menang Malam Ini.





Pemain-pemain Kelantan yang menjalani lahtihan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam




seiapakah yang menang malam ini.?


menjadi harapan untuk pasukan kelantan malam ini


Kurang 10 jam daripada sekarang perlawanan akhir bola sepak paling berprestij akan berlangsung di antara pasukan Kelantan melawan pasukan Kelab yang sedang meningkat naik iaitu Sime Darby FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti.

Inilah perhitungan terakhir dan pelawanan malam ini dijangka sungguh sengit dalam merebut Piala FA edisi yang ke 23 ini. Walau bagaimana pun, saya mengharapkan agar pemain-pemain Kelantan malam ini " enjoy teh game".. jangan terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan Sime Darby FC. Bila leka apa saja boleh berlaku.

Bila diimbau perjalanan pasukan Kelantan menuju ke pentas final sebenarnya sungguh berliku terutamanya dalam perlawanan separuh akhir ke 2 melawan Kedah, di Stadium Darul Aman, yang kesudahan seri 2-2 dan Kelantan menang dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Perjalanan Kelantan :

1.   Menang dengan Sarawak  2-1 ( gol Indra Putra dan Norfarhan Mohamad dan Azizan Baba  ( SWK)


2.   Menang dengan Kuala Lumpur 3-2 ( gol Indra Putra, Norfarhan dan Piya - Kuala Lumpur - Mohd Afiq Azmi, Fazuan Abdullah )


3. Suku Akhir-[ pusingan 1] Kelantan menang dengan Kuala Lumpur SPA dengan 3-0 ( hasil jaringan Indra Putera, dan Norfarhan )


4.  Suku Akhir [ pusingan ke 2]  Kelantan menang 2-0 dengan Kuala Lumpur SPA ( gol dijaringkan oleh Norfarhan dan Onyekachi Nwcha)


5.  Separuh Akhir [ pusingan 1] Kelantan seri dengan Kedah 1-1 [ jaringan Norsharul Idlan Talaha dan Kedah dijaringkan oleh  Vedren Gerc)


6.  Separuh Akhir [ pusingan 2] Kelantan seri dengan Kedah 2-2  [ jaringan Obinna Nwaneri dan Mohamad Ghaddar dan Kedah dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen )


Itulah sejarah serba sedikit mengenai laluan Kelantan yangs sempat saya nyatakan.


Bagi pasukan Sime Darby FC pula laluan nya adalah seperti beikut :-

1.  Sime Darby menang dengan Sabah 2-0 { Gol hasil jaringan Patrick Ronaldinho Wleh dan Shazan Alias.


2.  Sime Dary menewaskan USM 2-0 (  Gol hasil jaringan Patrick Ronaldinho Wleh dan Mohd Irme Mat)


3.  Suku Akhir -  [ pusingan 1] Sime Darby  menewaskan Johor FC  3-2 ( gol l hasil jaringan Patrick Ronaldinho Wleh, Razali Umar Kandasamy dan Azmorul dan Johor FC -  Arthur Berrhardt ( 2 gol )


4.   Suku Akhir -  [ pusingan 2] Sime Darby  menewaskan Johor FC  2-1 ( gol  Patrick Ronaldinho Wleh dan fauzi Shaari 


5.  Separuh Akhir  menang dengan Terengganu 2-1 [ pusingan 1] gol dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh dan SyukurSaidin - Terengganu - Francis Forkey Doe


6.  Separuh akhir pusingan kedua - keputusan seri 0-0 [ Sime Darby- hasil gol ditempat lawan]


Saya yg akan menyakisakan perlawanan akhir ini di Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti mengharapkan pasukan Kelantan berjaya menjinakkan Sime Darby.. kerana inilah satu2 nya piala yang belum dimenangi oleh pasukan Kelantan selepas Peter Buttler gagal, M.Khartu pun gagal tahun lepas, harapan tinggi menggunung diletakkan kepada bahu Bojan Hodak memberikan keceriaan buat 60,000 penyokong yang dijangka membanjiri stadium malam ini..


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k