Sabtu, Mei 19, 2012

[ cool ] Jom Lihat Sekitar Pertandingan Ratu Cantik Transgender Thailand 2012 [ 7 gambar ]



Miss Tiffany Universe ialah pertandingan ratu cantik tahunan untuk golongan transgender [ lelaki yang menukar jantina kepada perempuan]  di Thailand. Upacara tahunan ini sudah dilangsungkan sejak 1997 lagi di Pattaya bagi menarik pelancong dan meningkat kesedaran orang ramai tentang komuniti Kathoey (ladyboy) Pattaya yang dikatakan paling cantik di seluruh Thailand. Acara ini sangat popular sehingga TV Thailand membuat tayangan secara langsung dengan jumlah penonton dianggarkan sekitar 15 juta orang.

Pemenang Miss Tiffany Universe tahun ini jatuh kepada Panvilas Mongkol (21) yang berasal dari Pattaya. Beliau memenangi hadiah sebuah kereta Honda Jazz, wang tunai 120 000 Baht (RM 12 000) , trofi, tiara bernilai 500 000 Baht (RM 50 000) serta menjadi duta barangan kecantikan. Beliau yang bekerja sebagai pekerja kedai sewa baju mengucapkan terima kasih kepada ibu beliau yang menggalakkan beliau menyertai pertandingan tahun ini. Wah!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k