Selasa, Mac 06, 2012

Ustaz Azhar Idrus – Hukum Mencium Dahi Jenazah




Masyarakat keliru dengan hukum sebenar sama ada kita boleh ataupun tidak mencium dahi jenazah? Jom ikuti ulasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini.

Related Posts with Thumbnails




Ustaz Azhar Idrus – Hukum Mencium Dahi Jenazah | Terdapatmasyarakat yang keliru mengenai hukum mencium dahi jenazah sebelum ia dikebumikan di tanah perkuburan. Ada yang kata boleh, ada yang kata boleh. Jom dengar apa kata ulasanUstaz Azhar Idrus mengenai persoalan hukum mencium dahi jenazah ini.

Ulasan dari video Ustaz Azhar Idrus di atas :

Soalan daripada hadirin :

Adakah perbuatan mencium jenazah itu amalan sunat?

Kata Ustaz Azhar Idrus, Ya, mencium dahi jenazah, ia adalah sunnah rasulullah SAW. Nabi pernah cium dahi beberapa orang sahabat pada ketika itu. Di antara sahabat wafat yang telah dicium oleh nabi ialah Uthman Ibnu Mazh’un yang pernah dihukumkan hukum hudud kerana meminum arak.

“Bahawa Rasulullah s.a.w mencium Uthman bin Mazh‘un dan dia (ketika) itu sudah meninggal dunia dan baginda menangis, atau katanya (Abdur Rahman): Bahawa kedua-dua mata baginda menitiskan air mata.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

Ulama’ ada menyebut, mencium dahi jenazah adalah sunnah.

Ustaz Azhar Idrus sempat berseloroh, jangan pula mencium jenazah isteri orang pula.

Melayukini.net - Maka di sini amat jelas bahawa mencium dahi jenazah adalah sunnah rasulullah SAW. Ketika saat dikafan itulah, buat kali terakhir kita akan dapat melihat jenazah arwah. Selepas itu jenazah tersebut akan disemadikan di tanah perkuburan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k