Khamis, Ogos 23, 2012

Apa itu kanser paru-paru?






APAKAH KANSER PARU-PARU?

Paru-paru adalah organ berpasangan di dalam dada yang digunakan untuk bernafas.Kanser paru-paru muncul apabila sel normal di dalam paru-paru mengalami perubahan dan berubah menjadi sel kanser dan mula membahagi serta tumbuh tanpa kawalan.Sel kanser boleh menyerang struktur bersebelahan dan membiak ke bahagian badan yang lain seperti nodus limfa, hati, tulang dan otak.

Kanser paru-paru adalah masalah seluruh dunia dan adalah penyebab utama kematian bagi lelaki dan wanita. Di Malaysia, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling lazim selepas kanser payudara dan kanser usus besar.Ia selalu didiagnosis pada peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya daya ketahanan keseluruhan 5 tahun hanya sekitar 15%.


JENIS KANSER PARU-PARU

Terdapat 2 jenis kanser paru-paru yang utama:

Kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung cancer)
Kanser sel kecil paru-paru (small cell lung cancer)
1. Kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung cancer)

Jenis paling lazim, kira-kira 75-85% daripada keseluruhan kanser paru-paru.
Ia terbahagi kepada:
Sel karsinoma skuamus
Adenokarsinoma
Lain-lain subjenis - sel besar, anaplastik, sel jernih
2. Kanser sel kecil paru-paru (small cell lung cancer)

Jenis kanser paru-paru yang paling kurang lazim (15%)
Mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal dan meluas ke bahagian organ lain dengan 80-90% yang tersebar di luar paru-paru sewaktu diagnosis.



TERAPI - RADIOTERAPI

Radioterapi adalah rawatan kanser dengan sinaran mengion bertenaga tinggi. Radioterapi boleh diberi secara radioterapi luaran iaitu dari luar badan atau dari dalam badan iaitu radioterapi dalaman.Radioterapi luaran menggunakan sinaran yang dihasilkan oleh mesin dan mengarahkan sinar tersebut ke arah sel kanser. Jenis radioterapi ini diberi selepas atau bersama-sama kemoterapi terhadap kanser paru-paru (tahap 3A dan 3B) dengan maksud untuk menyembuhkan. Bagi pesakit dengan lanjutan kanser paru-paru, radioterapi luaran berguna untuk melegakan gejala atau komplikasi akibat kanser seperti:

Rawatan setempat tumor dengan niat untuk mengawal atau meredakan gejala
Melegakan gejala saluran pernafasan tersekat
Melegakan hemoptisis(pendarahan akibat tumor)
Mengurangkan sakit dada
Melegakan sakit tulang akibat metastasis bertulang
Rawatan mampatan saraf tunjang dari metastasis dalam tulang belakang vertebra
Radioterapi dalaman atau brakiterapi menggunakan wayar kecil radioaktif (Iridium 192) yang dimasukkan ke dalam lumen bronkus berhampiran tumor. Ia diberi sekadar untuk melegakan, semata-mata untuk mengawal tumor dan bukan untuk menyembuhkan.
Radioterapi kanser paru-paru boleh menyebabkan:
Kesan awal (semasa radioterapi):
Hilang selera makan (anorexia)
Loya
Keletihan
Batuk kering
Pedih hulu hati
Kesan lewat (jangka panjang selepas radioterapi)
Parut tisu papu-paru (fibrosis paru-paru)
Sinaran Pneumonitis (radang paru-paru)
Kembali

TERAPI - KEMOTERAPI

Ia adalah rawatan kanser paru-paru dengan ubat anti-kanser (cytotoxics) bertujuan untuk memusnahkan sel kanser.
Ia boleh diberikan melalui suntikan ke dalam pembuluh darah (intravena), melalui alat kemo atau melalui mulut menggunakan pil.
Ia boleh digunakan secara kombinasi dengan pembedahan dan/atau radioterapi dalam rawatan kanser paru-paru.
Doktor anda akan menasihati anda tentang pilihan ubat-ubatan kemoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser, jenis dan tujuan rawatan yang ingin anda terima dan faktor lain seperti status fizikal, keadaan perubatan lain dan profil darah.

Antara kesan sampingan kemoterapi untuk kanser paru-paru adalah:

Ulser mulut atau mucositis
Loya
Muntah
Cirit-birit
Keguguran rambut
Keletihan
Hilang selera makan
Demam
Jangkitan
Kecenderungan pendarahan
Kembali

TERAPI - TERAPI SASARAN

Ini adalah rawatan terbaru yang ditambah kepada pelbagai rawatan yang tersedia untuk kanser paru-paru.
Ia menggunakan ‘ubat pintar’ dengan sifat cytostatic yang menyasarkan sel kanser bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan perkembangan.
Ia digunakan bukan untuk menyembuhkan sebaliknya untuk mengawal kanser.
Ia boleh didapati dalam bentuk pil dan intravena dan boleh digunakan dengan sendirinya atau dengan kombinasi dengan ubat kemoterapi
Doktor anda akan menasihati anda tentang pemilihan agen bergantung kepada jenis kanser dan faktor-faktor lain
Antara kesan-kesan sampingan terapi sasaran untuk kanser paru-paru adalah seperti:

Ruam pada kulit
Jerawat seperti luka kulit
Cirit birit
Keletihan
Loya, Muntah
Protein di dalam air kencing
Kembali

TERAPI - TERAPI PALIATIF

Ini adalah rawatan tidak muktamad yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan pesakit dan gejala yang timbul daripada paru-paru bermasalah seperti rawatan dengan ubat-ubatan, prosedur dan terapi kaunseling. Ia mungkin melibatkan banyak penyedia perkhidmatan kesihatan sama ada dari hospital dan pekerja ikhtisas yang berasaskan komuniti seperti doktor penjagaan paliatif, pakar sakit, pakar bedah, pakar onkologi, pakar psikologi, jururawat, pakar pemakanan, ahli fisioterapi/ahli terapi pekerjaan, kakitangan rumah jagaan / hospis dan lain-lain lagi. Doktor penjagaan paliatif juga akan bercakap dengan pesakit kanser yang berisiko atau penjaga/ahli keluarga mereka mengenai isu-isu lain yang penting seperti isu akhir hayat.




TAHAP KANSER PARU-PARU
Pengkelasan tahap dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana kanser paru-paru ketika diagnosis. Tahap ini akan menentukan rawatan dan prognosisnya.
1. Kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung cancer)
Stage IPada tahap ini kanser telah memasuki tisu paru-paru tidak melebihi 5 cm dan tidak menyerang melebihi dasar tisu paru-paru serta belum merebak ke nodus limfa.
Stage IIKanser melebihi 7 cm atau di antara 5-7 cm tetapi telah merebak ke nodus limfa yang berhampiran atau menyerang pleura yang berdekatan, diafragma atau saraf
Stage IIIAKanser yang telah merebak dari paru-paru ke nodus limfa di bahagian tengah dada
Stage IIIBKanser yang telah merebak setempat ke struktur penting seperti jantung, salur darah, trakea dan esofagus dan/atau merebak ke pelbagai nodus limfa di kedua-dua belah bahagian dada
Stage IVKanser telah merebak ke lobus paru-paru yang lain atau bahagian badan yang lain seperti hati, tulang atau otak atau terdapat kehadiran pengaliran cairan pleural malignan (pengumpulan cecair di sekeliling paru-paru)
2. Kanser sel kecil paru-paru (small cell lung cancer)
TerhadKanser paru-paru termasuk nodus limfa adalah terhad kepada hanya 1 bahagian dada
MeluasTerdapat bukti kanser merebak ke paru-paru yang lain dan/atau nodus limfa dan/atau organ-organ lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k