Rabu, Ogos 29, 2012

[ 4 gambar ] Venus, Si Kucing Berwajah Dua Yang Sangat Comel Dalam Youtube



YouTube merupakan laman web muat naik video yang popular dalam kalangan manusia di seluruh dunia..Namun kini, bukan sekadar manusia sahaja yang boleh menjadi popular, malah seekor kucing seperti Venus juga boleh menjadi popular kerana keunikkan wajahnya..Nak tahu apa yang unik dengan kucing seekor ni, meh usha kat bawah ni dulu..

Lambakan video anak-anak kucing yang comel kini semakin mendapat perhatian dan kemasyhuran pada setiap minggu dalam YouTube. Namun, ia bukanlah menjadi satu masalah kepada Venus, si kucing berwajah dua yang kini menjadi bintang di dalam dunia Internet.

Wajah kucing ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian berwarna hitam dan satu bahagian lagi berwarna perang, malah mata kucing ini juga ternyata berbeza iaitu dengan sebelah mata berwarna biru ais dan sebelah lagi berwarna hijau.

Venus juga dikenali 'chimera' berikutan komposisi genetiknya yang berbeza serta warna matanya yang disebabkan oleh Heterochmia. Venus juga telah menjadi bintang dalam beberapa video YouTube dimana ia telah ditonton sebanyak 154,000 kali dan ribuan "like".

Lebih mengejutkan, Venus kini mempunyai laman Facebook nya sendiri di mana ia berjaya menarik seramai lebih 22,000 peminat. Walaubagaimana pun, selain mempunyai kemasyhuran, Venus juga terpaksa berhadapan dengan kelemahan dan tidak disukai oleh sesetengah orang kerana wajahnya persis dengan Harvey Dent, musuh Batman yang bermuka dua.

"Ia berbadan kecil namun suka memakan makanan daripada mangkuk anjing yang mempunyai cebisan makanan yang besar berbanding makan di dalam mangkuknya sendiri," terang pemilik Venus di dalam akaun Facebook nya









Video:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k