Khamis, Ogos 30, 2012

Keindahan Menara Bulan Sabit yang sungguh cantik sekali [ 4 gambar ]



Amat kreatif, menarik dan mengagumkan..!!Inilah rekabentuk The Crescent Moon Tower yang direka khas oleh firma Transparent House California untuk dikemukakan kepada Anugerah Senibina ThyssenKrup 11.

Rekabentuk itu bertujuan bagi menyahut cabaran menghasilkan lanskap Za'abeel Park yang bernilai jutaan dirham di Karama Dubai yang akan melambangkan kemodenan Dubai dan pembangunan ekonomi dunia Islam.

Struktur sedemikian direka untuk menampung perpustakaan kanak-kanak, kemudahan persidangan, restoran, kafe dan platform menara pemerhati.

Oleh kerana terdapat kesukaran teknikal untuk membinanya, dijangka struktur ini memakan masa untuk disiapkan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k