Khamis, Ogos 30, 2012

[ 6 gambar ] Detik-detik kemerdekaan Malaysia 55 tahun yang lalu




Sebaik-baik saja Malayan Union tumbang pada tahun 1946, kesedaran politik orang-oramg Melayu mula tumbuh. Keinsafan betapa Raja-Raja Melayu diperbudak-budakkan oleh Sir Horald Mac Michael dalam mencapai cita-cita penjajah melenyapkan ketuanan Melayu di Tanah Melayu telah membakar semangat yang padu sehingga kesepakatan diwujudkan dan sejarah tercipta apabila parti politik pertama ditubuhkan pada 1hb Mei 1946, di Istana Besar Johor Bharu.

Bermula dari saat itu UMNO, Parti Melayu terulung itu terus mengorak langkah memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang dijajah silih berganti, lebih 4 kurun oleh 4 bangsa. Keinginan hendak memerintah sendiri bagaikan subur menanti waktu untuk berkembang. Orang Melayu bersatu dalam wadah perjuangan mengembalikan maruah bangsa dan negara.

Munculnya putera Raja Kedah, Tunku Abd.Rahman Putera Al-Haj ibni Sultan Abd.Hamid Halim Shah, memimpin UMNO setelah Dato' Onn Jaffar, pengasas dan Yang Di-pertua pertamanya mengundurkan diri, bagaikan memberi satu rahmat.

Berkat sokongan padu daripada rakyat jelata, Parti Perikatan ( Gabungan UMNO, MCA dan MIC) menyapu bersih semua kerusi parlimen dalam pilihan raya pada tahun 1955. Berikutan kejayaan itu, Tunku Abd.Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan membentuk kerajaan. Tunku juga telah diberi mandat untuk meneruskan perjuangan menuntut kermerdekaan di London secara perlembangaan.

Pada 24hb-26hb Disember 1955, lima bulan selepas menjadi Ketua Menteri, Tunku Abd.Rahman telah mengadakan satu mesyuarat perwakilan UMNO di mana kata putus telah dicapai dari Pemuda UMNO yang menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957, sebagai tarikh kemerdekaan.

Mulai detik itu, mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan oleh kerajaan pimpinan Tunku Abd.Rahman dengan pihak Inggeris dan menjelang Ihb Januri 1956,, Tunku bersama rombongannya telah bertolak ke London bagi menyampaikan hasrat rakyat agar Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957, tanpa sebarang tolak ansur.

Rombongan kemerdekaan itu bertolak dari Singapura dengan sebuah kapal laut dan berlabuh di Karachi, Pakistan, sebelum meneruskan perjalanan dengan menggunakan kapal terbang ke London.

Rombongan seramai 8 orang, selain Tunku terdiri daripada Dato' Abd.Razak Hussin, Kolonel H.S.Lee dan Dr. Ismail bin Dato' Abd.Rahman, mewakili parti perikatan dan Tanah Melayu.

Sementara Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Hj.Abd.Wahb, En.Abd.Aziz bin Abd.Majid, Dato' Muhammmad Seth bin Muhammad Said dan Datuk Nik Muhammad Kamil bin Muhammad mewakili pihak Raja-Raja Melayu.

Rombongan kemerdekaan tiba di London pada 14hb Januari 1956 dan mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris sealam 18 hari, bermula ( 18hb Januari 1956 hingga 06hb Febuari 1956) dengan mencapai kejayaan apabila pihak Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.

Perjanjian Kemerdekaan telah ditandatangani di antara Tunku Abd.Rahman dengan, Setiausaha Tanah Jajahan British, Sir Alan Lennox Byod di Lancaster House pada 08hb Febuari 1956.

Rombongan Tunku pualng ke Tanahair pada 20hb Feb. 1956 dan diberi sambutan sebagai pahlawan beroleh kemenangan di medan perang oleh lebih 60, 000 rakyat berbilang bangsa yang berbaris sepanjang kiri dan kanan dri Batu Berendam hingga ke Bandar Hilir.


FAKTA TENTANG BANDAR HILIR ( 20HB FEB.1956)


  • Rombongan Tunku Abd.Rahman tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada pukul 9.00 pagi dan diarah dengan barisan pemuda bermotor menuju ke Bandar Hilir.
  • Tunku menaiki sebuah kereta berwarna hitam, tidak berbumbung, bernombor plet : M 4442. Kereta ini dipinjam oleh Encik Gaffar Baba daripada seorang tauke cina di Melaka.
  • Sewaktu menghampiri padang Bandar Hilir Melaka, Tunku telah turun dari kereta dan berjalan kaki menuju ke pentas sambil bersalaman dengan orang ramai kiri dan kanan jalan. Lauangan "merdeka" bergema pada pagi yang redup dan tenang itu.
  • Tunku naik ke pentas khas di penjuru padang Bandar Hilir pada jam 11.00 pagi dan terus membacakan pengisytiharan tarikh merdeka untuk Tanah Melayu, sepanjang 9 para yang sudah ditaip pada sehelai kertas.
  • Lauangan dan pekikkan merdeka bergema berselang seli ketika Tunku sedang berucap
  • Majlis Pengisytiharaan tamat kira-kira jam 12.00 tengah hari.




Rombongan Tunku ke Pengisytiharan Kemerdekaan

Tunku dan rombongan menuju ke Padang Bandar Hilir Melaka untuk Pengisytiharaan Merdeka

Tunku menandatangani perjanjian merdeka bersama Sir Alan Lennox Byod pada 08hb Feb.1956

Kereta yang dinaiki oleh Tunku semasa menuju ke Padang Bandar Hilir

kereta rasmi Tunku sebagai Perdana Menteri

rombongan ke London

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k