Isnin, Ogos 13, 2012

[ cool ] Jom Lihat Pasar Mencari Jodoh Di China




“Perempuan, lahir pada tahun 1981, tinggi 1.62 meter, berkelulusan Ijazah, Pengarah Projek syarikat asing, gaji:melebihi RMB 10,000 sebulan, mencari seseorang yang lahir pada tahun 1974 dan 1982,berkelulusan Ijazah atau ke atas dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keluarga..”

Ini adalah salah satu daripada ratusan ribu kertas yang memenuhi Pasar Jodoh di China pada setiap minggu.Ibu bapa yang buntu mencari jodoh anak mereka mengambil kesempatan untuk mencari jodoh sesuai untuk anak mereka menggunakan cara klasik ini.Cara mencari jodoh ini bukan untuk mengenal seseorang tetapi lebih kepada mencari pasangan yang betul-betul SESUAI.Sebab utama Pasar Jodoh ini di bina adalah kerana kebanyakkan anak-anak muda di China begitu sibuk belajar dan bekerja.Mereka langsung tidak terfikir untuk mencari pasangan.Kebarangkalian untuk bertemu pasangan pada hujung minggu adalah begitu tipis sekali.Jawapan mudah:"Siapa cepat di dapat" :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k