Selasa, Ogos 07, 2012

[ cool ] Jom Lihat Rumah Cantik Di Sebuah Pulau Berusia 103 tahun [ 7 gambar ]



Rumah di tengah laut berusia 103 tahun. Percaya atau tidak, wujud atau tidak ia sememangnya perkara yang luar biasa. Mungkin 1 dalam 1000, erm.. rumah yang admin maksudkan benar-benar luar biasa ini bukan sahaja kerana usianya yang telah 103 tahun tapi juga kerana ia di dirikan di tengah laut. Kononnya dikatakan rumah ini telah berdiri sejak tahun 1905 lagi, sejauh mana kebenarannya siapa tahu. Lebih tepat lagi ia didirikan di atas batuan Rhode Island yang ada di tengah laut. Rumah besar itu kerap disebut dengan panggilan Clingstone (Clingstone Mansion).

Jika anda lihat melalui gambar, rumah ini cukup besar dan tergolong dalam kategori selesa. Rumah tersebut asalnya dibangunkan oleh JS Lovering Wharton dengan kos sebanyak 36.000 dolar, kemudian dimiliki oleh sepupunya iaitu Henry Wood (79), yang kini menjadi pemiliknya.

Henry Wood membelinya dengan bekas isterinya pada tahun 1961 seharga 3600 dolar US. Kemudian dia ubahsuai rumah tersebut dan kini menjadi sebuah manson yang menarik dan nyaman dan telah didiami selama dua dekad lebih.

Ini memang penemun yang luar biasa. Cuba anda bayangkan rumah itu memiliki 23 kamar, dan Henry Wood tetap mempertahankan struktur bilik dan susun-aturannya tetap seperti 100 tahun lalu. Setiap tahun, pada hari tertentu, Wood dan keluarganya akan menjemput puluhan rakan taulan untuk bercuti di tempat mereka.

Erm, rumah itu memang sangat besar, kerana ia memerlukan tenaga ramai orang untuk membersihkannya. Maklum sajalah, Wood dan keluarganya tidak setiap hari tinggal di sana. Mereka hanya menggunakan manson itu sekadar untuk tempat bercuti. Jadi ketika mereka datang, aktiviti yang pertama harus dilakukan ialah, bergotong-royong membuat tempat itu bersih kembali.

Namun bagi teman-teman Wood, tentu saja dengan suka rela membantu membersihkannya. Mereka mengaggap itu aktiviti menarik semasa cuti. Wood dan keluarga serta teman-temannya hanya datang ke sana ketika musim panas. Biasanya selama seminggu mereka menghabiskan masa di sini. Sementara di musim dingin, manson besar itu akan sunyi dan sepi. Bot mereka tetap selamat di simpan di dok terapung dekat James Town Boatyard.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k