Sabtu, Ogos 25, 2012

Foto Bogel Putera Harry : Pihak Istana Beri Amaran Keras Pada Media UK




alt
LONDON,  - Istana Buckingham sekali lagi dikejutkan dengan skandal kerabat diraja apabila gambar bogel cucu kesayangan Queen Elizabeth, Putera Harry telah tersebar secara meluas di laman web. Gambar bogel putera diraja itu turut dilaporkan bersama dengan seorang wanita berbogel yang tidak diketahui identitinya.

Sumber dalaman memberitahu media di United Kingdom diberi tekanan hebat oleh pihak Istana yang melarang sebarang bentuk penyiaran, sehingga tidak ada sebarang media yang berani menyiarkan sebarang berita mahupun gambar tersebut di akhbar tabloid dan di laman web.

Namun begitu, gambar skandal diraja tersebut telah tersebar meluas diseluruh dunia dan dilaporkan hampir puluhan juta telah melihatnya di alam maya.

Walaubagaimanapun, sebuah portal TMZ telah menyiarkan gambar berbogel Putera Harry sehingga memaksa pihak Istana Buckingham mengakui lelaki yang terdapat dalam gambar itu sememangnya adalah cucu kesayangan Queen Elizabeth.
alt

Sumber dalaman turut mendedahkan sebab mengapa berita tersebut tidak didedahkan kepada massa adalah kerana tertakluk kepada etika kewartawanan, Clause 3 of the Press Complaints Commission Editor's Code of Practice yang menjelaskan "Tidak boleh disiarkan gambar individu di tempat atau kawasan sulit tanpa kebenaran dari individu berkenaan".

Melanggar kod praktis ini akan menyebabkan lesen media berkenaan akan ditarik balik serta merta. Sebelum itu, media UK telah banyak menyiarkan secara meluas gambar skandal keluarga diraja Britain itu.

Tahun 1936, media UK dan Amerika Syarikat pernah menyiarkan skandal hubungan terlarang diantara King Edward VIII dan Mrs. Simpson sehingga memaksa baginda turun takhta.

Begitu juga pada tahun 1991 apabila rakyat Britain dikejutkan dengan skandal keluarga diraja melibatkan Putera Andrew dan Koo Stark sehingga beliau digelar sebagai "Randy Andy" oleh akhbar-akhbar tabloid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k