Jumaat, Ogos 24, 2012

Jom Lihat Hotel 9H : Hotel Kapsul Di Kyoto Jepun Yang Sungguh Unik (22 Gambar)


Hotel kapsul ialah hotel yang menyewakan kubikel kecil kepada mereka yang mahu bermalam sementara. Konsep hotel kapsul dimulakan oleh Kishi Kurokawa pada tahun 1979 bagi menyelesaikan masalah salaryman yang tidur di pejabat. Kapsul disewa untuk jangka masa pendek dan hanya memberikan kemudahan paling asas. Sejak dimulakan, konsep hotel kapsul sudah berovulusi beberapa kali untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada penyewa.

Di Shimogyo-ku, Kyoto, Hotel 9H dibuka pada tahun 2010 dan ia kelihatan seperti sebuah hotel yang dibuka oleh APPLE. Ianya sugguh kemas dan moden. Sebanyak 125 kapsul boleh disewa didalam bangunan setinggi 9 tingkat ini. Jika mahu tinggal disini anda perlu menyewa sekurang-kurangnya selama 4 jam dan maksimum selama 17 jam. Harga sewaan ialah Yen 4900 (RM194) 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k