Rabu, Ogos 22, 2012

Jom Lihat M-65 Atonic Annie : "Meriam Raya" Paling Awesome (20 Gambar)



Setiap kali Hari Raya ada sesetengah kampung berperang meriam buluh. Di Kedah kami diberitahu mereka sudah upgrade kepada meriam beli kolong yang panjangnya sehingga 4 meter. Baguih la. Sukar sedikit nak meletup kalau guna besi. Tetapi kan lebih bagus kalau dapat Meriam Atomik M-65 yang pernah digunakan oleh tentera darat USA?

Meriam ini direka selepas perang dunia kedua dengan tujuan membedil musuh dengan artileri berkepala nuklear. Ianya seberat 83 tan, sepanjang 84 kaki dan mempunyai laras berkaliber 280 mm (laras kereta kebal Malaysia hanya 125 mm) . Ianya direka pada tahun 1949 bedasarkan meriam artileri K-5 yang digunakan NAZI ketika WW2. Tidak seperti K-5 , M-65 boleh digerakkan dengan menggunakan dua buah lori khas yang diperkaakan dengan enjin 375 kuasa kuda setiap satu. Meriam atomik ini mampu bergerak sehingga 35 batu sejam dan disediakan untuk menemnak dalam masa 15 minit.

Selepas menjalani beberapa ujian menembak sebenar di Tapak Pengujian Nevada, 20 buah M-65 dibina dengan kos USD 800 000 sebuah. Meriam atomik ini diletakkan di Eropah sebagai senjata anti Soviet dan di Korea ketika perang Korea. Permasalahan utama M-65 ialah by the time it entered service, sistem artileri atomik sudah dianggap ketinggalan zaman kerana terciptanya sistem peluru berpandu dan roket. Kesemua M-65 yang dihasilkan tidak pernah digunakan untuk membedil musuh dengan peluru artileri atomik. Pada tahun 1963, meriam gergasi ini ditamatkan penggunaannya dan hari ini cuma 8 sahaja yang masih tinggal di beberapa buah muzium.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k