Rabu, Ogos 08, 2012

Jom Lihat Mr Bean aka Rowan Atkinson Dulu Vs Kini



Rowan Atkinson dilahirkan di Newcastle-upon-Tyne, England pada 6 Januari 1955 dan merupakan anak kepada Ella May & Eric Atkinson yang bekerja sebagai petani di Durham. Beliau merupakan pelajar pintar yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan meneruskan sarjana tingginya di Universiti Oxford dalam bidang sains.

Sedari zaman persekolahannya lagi, beliau yang terkenal menerusi rancangan komedi, Mr. Bean sudah mula menunjukkan minat berlakon apabila acapkali berlakon dalam persembahan teater sekolah. Menerusi Festival Edinburgh Fringe pada tahun 1976 & Oxford University Dramatic Society (OUDS) , beliau berpeluang bekerjasama dengan penulis, Richard Curtis dan komposer, Howard Goodall. Malah, sehingga kini mereka masih lagi bekerjasama.


Kejayaan yang diperoleh menerusi kerjasama beliau dengan Angus Deayton dalam rancangan-rancangan berunsur komedi telah membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang penulisan & radio. 

Walaupun pernah ditawarkan siri televisyen sendiri, beliau menolak tawaran berkenaan. Beliau bekerjasama dengan John Lloyd menerusi “Not The Nine O’Clock News” dan kejayaan rancangan tersebut membawanya berlakon sebagai Edmund Blackadder menerusi “The Black Adder” pada 1983. Kreativiti beliau makin terserlah menerusi “Mr. Bean” dan kerana rancangan komedi inilah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden. Malah, nama Mr. Bean beliau lebih dikenali berbanding nama sebenar beliau. Siri komedi ini yang banyak menggunakan mimik muka dan pergerakan badan membuatkan ia diangkat sebagai filem iaitu “Mr. Bean” & “Mr. Bean’s Holiday”.Beliau membintangi siri rancangan komedi untuk BBC Radio 3 pada tahun 1978 yang dikenali "Atkinson's People". Rancangan bercorak temubual secara satira dengan watak-watak fiksyen yang dimainkan oleh Atkinson sendiri. Siri ini ditulis oleh beliau dan Richard Curtis manakala Griff Rhys Jones bertindak selaku penerbit.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k