Isnin, Ogos 20, 2012

Jom Lihat Perpustakaan Bergerak Alaf Baru (8 Gambar)



Anda pernah pinjam buku dari kutubkanah bergerak? Semasa kami pergi sekolah pada dekad 80-an dahulu kerap juga meminjam buku dari kutubkhanah sebegini. Lately sudah tak ada kerana budak-budak tak suka baca buku dan bas yang digunakan sebagai kutubkhanah bergerak banyak dah usang dan rosak. Permasalahan utama kutubkhanah bergerak ialah bau kepam dan kesempitan. Nak membaca didalamnya rasa klaustrofobik dan nak cari buku pula tiada ruang yang cukup untuk bergerak

A47 ialah sebuha kutubkhanah bergerak yang beroperasi di Mexico City. Ia dipunyai oleh NGO A47 yang mahu menimbulkan tabiat membaca dikalangan penduduk Mexico City. Ia mempunyai rekaan terbuka dan ini memudahkan orang masuk dan keluar darinya. Lantainya pula boleh diubah ketinggian mengikut kehendak dan fungsi. Kutubkhanah ini boleh dibah menjadi wayang bergerak juga jika perlu. Sebanyak 1500 buah buku boleh dibawa pada satu-satu masa. Jika trak diperlukan untuk tugas lain buku ini dapat dikeluarkan dengan segera, Lori ini sekaligus boleh digunakan untuk pelbagai fungsi selepas itu. Tidak terbazir parkir di perkarangan perpustakaan kerana hanya boleh berfungsi sebagai kutubkhanah bergerak. Genius dan idea yang boleh digunakan di Malaysia jika perlu. Membacalah kamu..........selain dari Blog, URTV dan Mastika!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k