Selasa, Ogos 07, 2012

Kehidupan Presiden Korea Utara : Kim Jong-eun



Kim Jong-un juga dieja Kim Jong-eun atau Kim Jung-eun, lahir 8 Januari 1983 merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas pengebumian bapanya. Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya, Kim Jong-il dan isterinya Ko Young-hee.

Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong-un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara. Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong-nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong-un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong-il. Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat. Pada 30 Disember 2011 Politburo Parti Buruh Korea secara rasmi melantik Kim sebagai Panglima Agung Tentera Rakyat Korea.

Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang yang bersamaan dengan Jeneral. Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara persendirian di Korea Utara.[14] Beliau meraih dua ijazah iaitu satu untuk fizik di Universiti Kim Il-sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim Il-sung.



Kim Jong Un ialah presiden seumur hidup Korea Utara. Dua minggu yang lalu beliau menamatkan zaman forver alone beliau selepas mengahwini Ri Sol Ju, seorang bintang NKPOP. Menurut beberapa laporan media Korea Selatan, Ri Sol Ju sudah berkahwin. Tiada siapapun tahu apa terjadi kepada bekas suami beliau. Adakah masih hidup atau menjadi tahanan gulag.

Kehidupan dear leader Kim Jun Un sangatlah elusif. Jarang sekali kita dapat melihat beliau. Tetapi sejak dua menjak ini secara tiba-tiba wujud terkebukaan dalam kehidupan seharian beliau. Laporan The Telegraph semalam mendakwa Kim Jon Un mungkin akan melakukan reformasi ekonomi seakan yang dilakukan di China di Korea Utara. Ini adalah kerana semasa membesar dahulu im Jong Un tidak terperak dibawah tempurung besi dan melihat dunia diluar Korea Utara. Mari kita lihat beberapa foto ketua komunis mutlak terakhir di dunia. Adakah beliau akan berjaya mengubah nasib Korea Utara? Adakah mungkin suatu ketika nanti akan ada semula Korea Bersekutu? We can only hope.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k