Sabtu, Ogos 11, 2012

Kucing Hetero Chroma : Baka Kucing Belaan Nabi (12 Gambar)



Miss Mean seoarang isteri yang gemarkan benda comal. Kerana aku dah lama tak menulis tentang kucing ada baiknya hari ini aku memaparkan kucing Hetero Chromia. Kucing hetero chromia ialah kucing yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza. Heterro Chromia selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas lah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seerkor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini.

Wallahu a'lam bis sawaf







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k